KWSP : Cara Mendaftar KWSP Untuk Pekerja



Bagi pekerja swasta, majikan bertanggungjawab untuk melakukan caruman KWSP bagi pekerja mereka sama ada di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan.

Perkara ini ada dinyatakan dengan jela dalam peraturan Seksyen 43(1), Akta KWSP 1991:

Tertakluk kepada peruntukan Seksyen 52, tiap-tiap pekerja dan majikan kepada seseorang yang merupakan seorang pekerja mengikut pengertian Akta ini hendaklah bertanggungjawab membayar caruman bulanan berkenaan dengan amaun upah bagi bulan itu pada kadar yang masing-masingnya dinyatakan dalam Jadual Ketiga.

Majikan yang culas atau dengan sengaja enggan melakukan caruman boleh didakwa mengikut undang-undang di Malaysia.


Caruman dengan e-Caruman

Dengan kemajuan teknologi, majikan kini boleh melakukan caruman KWSP pekerja menggunakan kemudahan dalam talian yang disediakan oleh KWSP yang diberi nama e-Caruman.

Walau bagaimanapun, perkhidmatan ini hanya tersedia bagi majikan yang sudah mendaftarkan akaun i-Akaun sahaja.

Sekiranya syarikat anda belum mempunyai akaun i-Akaun, maka anda perlulah mendaftar terlebih dahulu.


Kelebihan e-Caruman

e-Caruman semestinya lebih mudah bagi para majikan menguruskan caruman KWSP pekerja mereka dan berikut merupakan beberapa kelebihan menggunakan e-Caruman berbanding kaedah konvensional:
  • Caruman boleh di buat bila-bila masa dan di mana jua
  • Cepat, selamat dan jimat kos
  • Ketepatan maklumat majikan dan ahli
  • Semakan status transaksi secara atas talian (online)
  • Mudah dan mesra pelanggan
  • Semakan dan pembetulan maklumat ahli yang tidak lengkap (CTML)
  • Semakan caj lewat bayar/dividen
  • Mendaftar pekerja

Untuk maklumat lanjut, sila layari halaman e-Caruman https://www.kwsp.gov.my/ms/employer/contribution/e-caruman


Cara mendaftar pekerja

Caruman KWSP pekerja hanya boleh dilakukan setelah majikan mendaftarkan pekerja mereka dengan pihak KWSP.

Pendaftaran pekerja ini boleh dilakukan melalui salah satu kaedah berikut:
  • Pendaftaran melalui akaun i-Akaun majikan – Boleh dilakukan secara online dan kaedah ini hanya terpakai bagi pekerja warganegara dan pemastautin tetap Malaysia yang mempunyai kad pengenalan 7 dan 12 digit sahaja.
  • Pendaftaran secara automatik melalui borang caruman bulanan (Borang A) – menguncimasuk MyKad dan Nama Pekerja sepertimana yang dinyatakan dalam MyKad
  • Borang di kaunter KWSP
  • Pendaftaran pekerja dengan MyKad – Pekerja perlu menghadirkan diri ke KWSP untuk pengesahan

Catat Ulasan

0 Ulasan