Cara Membuka Akaun Tabung Haji Bagi Dewasa Dan Kanak-Kanak Secara Online


Anda ingin buka akaun Tabung Haji untuk diri sendiri atau untuk anak anda secara online? Caranya cukup mudah. Jadi nanti korang bolehlah simpan duit raya anak korang di Tabung Haji. Korang boleh daftar secara online melalui Virtual Account Opening (VAO).

Kami kongsikan kepada anda cara daftar secara atas talian.

Syarat-Syarat Utama

Antara syarat utamanya ialah:
  • Beragama islam dan waras
  • Warganegara Malaysia


Dua Jenis Kategori Akaun Tabung Haji

Antara jenis akaun
  • Akaun Dewasa
  • Akaun Kanak-Kanak

Syarat Daftar Akaun Dewasa

  • Berumur 18 tahun dan ke atas mengikut tarikh lahir
  • Membawa bersama dokumen pengenalan diri (MyKAD) semasa pendaftaran


Syarat Daftar Akaun Kanak-Kanak

  • Di bawah umur 18 tahun mengikut tarikh lahir.
  • Penjaga yang sah adalah tertakluk kepada Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001, Akta Penjagaan Budak 1961 dan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952
  • Penjaga mestilah mempunyai akaun TH dan merupakan warganegara Malaysia
  • Hanya satu penjaga sahaja yang dibenarkan bagi satu akaun
  • Penjaga perlu membawa bersama sijil kelahiran dan dokumen pengenalan diri anak di bawah jagaan (MyKAD atau MyKID).
  • Salinan sijil kelahiran anak atau MYKid dan salinan dokumen pengenalan diri penjaga perlu disertakan semasa pembukaan Akaun Kanak-Kanak.

Nota Tambahan

  • Penjaga dinasihatkan untuk menukar status Akaun Kanak-Kanak kepada akaun Dewasa apabila anak di bawah jagaan telah berumur 18 tahun ke atas. Permohonan pertukaran status akaun ini boleh dibuat di mana-mana pejabat cawangan TH oleh penjaga akaun kanak-kanak tersebut dan pendeposit tersebut hendaklah hadir bersama dengan penjaga ketika urusan pertukaran akaun.
  • Penjaga hanya boleh mentadbir akaun kanak-kanak berumur dibawah 18 tahun sahaja.
  • Penjaga hendaklah menukar akaun kanak-kanak kepada akaun dewasa apabila kanak-kanak tersebut mencapai 18 tahun.

Cara Buka Akaun Tabung Haji Online

Pembukaan Akaun Secara Maya atau Virtual Account Opening (VAO) boleh dilakukan melalui pautan dan aplikasi THiJARI.

Pendeposit hanya perlu melengkapkan butiran secara dalam talian dan kemudian hadir ke mana-mana cawangan TH (dengan membawa MyKad dan amaun deposit permulaan) bagi membuat pengesahan biometrik dan dokumen pengenalan.
  • Layari laman web https://www.thijari.com.my/
  • Tekan pada ‘Tiada Akaun TH? Buka Sekarang!’
  • Isikan maklumat dalam borang online yang disediakan.
  • Hadir ke mana-mana cawangan TH dengan membawa MyKad dan amaun deposit permulaan bagi membuat pengesahan biometrik dan dokumen pengenalan.
  • Keutamaan layanan akan diberikan di kaunter, dan anda akan dilayan dalam masa 1 minit sahaja!

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut : +603-62071919(THCC)
Email: https://www.tabunghaji.gov.my/

Catat Ulasan

0 Ulasan