Bantuan Khas Aidilfitri Bagi Penjawat Awam Sebanyak RM 500



Mulai 6 Mei ini kerajaan akan menyalurkan bantuan khas Aidilfitri sebagai bonus raya penjawat awam sebanyak RM500.

Bantuan ini khusus untuk penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk kakitangan kontrak, pegawai sambilan harian serta lantikan di bawah MySTEP.

Menurut kenyataan itu, pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada hari ini, 5 April 2022, memaklumkan bahawa pesara kerajaan juga akan menerima bantuan sebanyak RM250.

Tambah kenyataan itu lagi, bantuan khas tersebut akan memanfaatkan lebih dua juta penjawat awam dan pesara.


Apakah Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam 2022?

Bantuan Khas Kewangan Aidil Fitri Penjawat Awam adalah bantuan hari Raya bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia.

Pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidil Fitri pada tahun ini dibuat lebih awal sebagai salah satu langkah keprihatinan Kerajaan dalam membantu mereka membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Hari Raya.



Tarikh Bayaran

“Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan Mei iaitu pada 24 April 2022,” kata kenyataan itu.

Jumlah Bayaran

  • Penjawat awam – Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan di bawah skim Contract of Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MyStep : RM500
  • Pesara Kerajaan : RM250
“Kerajaan berharap dengan pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi,” kata kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan rasmi di bawah:


Catat Ulasan

0 Ulasan