ISU SEMASA
Bantuan Kewangan Sebanyak RM 1,000 Buat Belia Berumur 18 Hingga 30 Tahun

Dalam pembentangan bajet 2021 baru-baru ini, kerajaan menyediakan RM1,000 bantuan belia untuk mereka yang berumur 18 hingga 30 tahun.
Setiap majikan yang mempunyai pekerja dalam kumpulan belia berumur 18 hingga 30 tahun layak memohon insentif RM1,000 di bawah Program Perantisan mulai 1 Januari 2021.
Insentif ini juga membolehkan remaja yang menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan yang stabil untuk memperoleh pengalaman kerja dan meningkatkan kualiti kemahiran mereka melalui latihan sambil bekerja.
Maklumat Bantuan
Berikut adalah maklumat bantuan yang akan diterima oleh perantis dan majikan dalam program ini:- Bayaran RM1,000 kepada majikan yang mempunyai pekerja lepasan sekolah dan graduan untuk Program Perantisan.
- Tempoh bayaran yang diberikan adalah selama 3 bulan iaitu bersyarat kontrak perkhidmatan itu minimum adalah selama 3 bulan juga.
- Gaji / elaun minimum adalah sebanyak RM1,200 sebulan.
- Majikan diberikan peluang untuk memohon hanya 1 kursus latihan sahaja bagi perantis dengan kos maksimum sehingga RM4,000
- Pekerja juga layak untuk mendapatkan elaun kesediaan kerja / insentif.
Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan
Berikut dikongsikan syarat kelayakan untuk memohon bantuan ini:- Warganegara Malaysia
- Lepasan sekolah / graduan yang berumur antara 18 hingga 30 tahun
- Belia yang masih menganggur dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan yang tetap.
- Belia yang pernah mengikut mana-mana Program Perantisan yang berdaftar di mana-mana jenis syarikat dan badan-badan berkanun.
Maklumat Tambahan
Syarikat perlu berdaftar terlebih dahulu dan membuat iklan berkaitan kekosongan bagi pengambilan perantis di portal MyFutureJobs.Setiap perantis yang diambil bekerja di bawah program ini perlu membuat caruman dengan PERKESO.
Cara Membuat Permohonan
Permohonan Untuk Majikan- Daftar dan iklankan kekosongan pekerjaan di portal rasmi pengambilan perantis di https://www.myfuturejobs.gov.my/ms/halaman-utama/
Permohonan Untuk Perantis
- Mohon pekerjaan dan pilih syarikat yang sesuai melalui portal rasmi myfuturejobs di https://www.myfuturejobs.gov.my/ms/halaman-utama/
Catat Ulasan
0 Ulasan