Bantuan Ibu Tunggal Dan Suri Rumah Sebanyak RM 480 - Cara Kelayakan , Syarat Kelayakan Dan Cara Pembayaran


Wanita/Suri Rumah yang memohon bantuan akan menerima insentif tahunan RM480. Di bawah i-Suri, wanita dan suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum kepada KWSP dengan insentif unik. Matlamat i-Suri adalah untuk memastikan kesejahteraan suri rumah dan menghargai sumbangan mereka kepada keluarga dan kemajuan negara. KWSP i-suri mempunyai banyak kelebihan.

Suri rumah akan menerima insentif caruman RM480, yang telah dilaksanakan sejak 2019 dan akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang. Selain itu, insentif i-Suri sebanyak RM2500 termasuk bantuan kematian. Dengan mendapatkan borang permohonan daripada laman web rasmi KWSP, anda boleh mendaftar untuk KWSP i-Suri.

Maklumat mengenai i-Suri KWSP, termasuk syarat, kelayakan, faedah, kaedah pembayaran, dan pendaftaran, akan diberikan untuk kemudahan anda.

CARA DAFTAR I-SURI KWSP

Pendaftaran boleh dilakukan dengan pergi ke cawangan KWSP berdekatan dengan tempat anda dengan membawa bersama borang permohonan yang dimuat turun menerusi pautan seperti berikut:

SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN I-SURI KWSP

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan pendaftaran i-Suri KWSP:
  • Warganegara Malaysia
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019.
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
  • Isteri kepada Ketua Isi RUmah (KIR/Wanita (KIR)
  • Belum mencapai umur 60 tahun.

SIAPA YANG BOLEH MENCARUM?

  • Diri sendiri (isteri)
  • Suami kepada pasangan yang layak
Tambahan: Bagi suri rumah, anda hanya dibenarkan memilih satu insentif sahaja pada satu masa, sekiranya anda sudah mendaftar dengan Insentif Persaraan ( i-Saraan), anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-suri.

FAEDAH I-SURI KWSP

  • Mendapat insentif kerajaan sebanyak minimum RM40 sebulan tertakluk kepada jumlah maksimum RM480 setahun.
  • Menerima dividen tahunan KWSP
  • Bantuan Kematian: RM2500
Insentif kerajaan hanya akan dibayar apabila anda memenuhi syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah berdaftar di dalam E-Kasih: ATAU
  • KIR wanita status balu, belum pernah berkahwin atau telah bercerai yang berdaftar dalam eKasih.
  • Belum mencapai umur 60 tahun
  • Terdapat caruman sukarela yang dibuat ke akaun KWSP ahli berjumlah RM5 sebulan atau RM60 setahun.

CARA BAYARAN

  • Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.
  • Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (MBB,PBB,RHB dan BSN)
  • Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik MBB atau PBBTambahan: KWSP akan membuat tuntutan sumbangan kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari sehingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (JUlai hingga Disember) setiap tahun. Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli ( Akaun Persaraan dan Akaun 2.


MAKLUMAT TAMBAHAN

Untuk maklumat lanjut berkaitan i-Suri KWSP anda bolehlah layari laman web
https:www.kwsp.gov.my/

Catat Ulasan

0 Ulasan