i-Fitri : Permohonan Bantuan i-Fitri Sebanyak RM 400 Kini Dibuka



Adakah awak tahu? Kerajaan Terengganu mengumumkan bahawa isi rumah terjejas dalam B40 dan sebahagian daripada M40 akan menerima bantuan dana i-Fitri, yang akan memanfaatkan lebih 115,000 orang.

Bantuan ini disediakan bagi membantu kewangan dalam sambutan Aidilfitri setelah dua tahun sambutan yang terhad.

Pada 15 November 2022, bantuan ini diumumkan semasa pembentangan Bajet Terengganu 2022 bertajuk “Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua,” pada Mesyuarat Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Kadar Bantuan Yang Diberikan

Berikut dikongsikan jumlah bantuan yang akan diberikan:
  • B40: RM400
  • M40: RM250

Syarat Permohonan Bantuan

Berikut dikongsikan syarat permohonan bantuan i-Fitri:
  • Mestilah rakyat Terengganu dan menetap di Terengganu
  • Berdaftar dalam sistem Profil Rakyat Terengganu 2020 (PRT20)
  • Pendapatan isi rumah tidak kurang RM2,500 untuk B40
  • Pendapatan isi rumah antara RM2,501 hingga RM5,000 untuk M40


Cara Membuat Permohonan

Permohonan akan dibuka pada 22 Mac sehingga 31 Mac 2022 melalui portal iBantuan Terengganu di https://ibantuan.terengganu.gov.my/


Cara Bayaran Di Lakukan

Pemohon yang layak akan menerima baucar melalui agihan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) masing-masing.


Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai bantuan ini bolehlah layari Sinar Harian DI SINI

Catat Ulasan

0 Ulasan