Cara-Cara Menukar Kad Maybank Secara Dalam Talian @ Online

\


Kad debit Maybank boleh ditukar secara dalam talian dan secara peribadi. Kad itu, bagaimanapun, tidak boleh diganti jika ia dicuri atau hilang, atau jika nombor PIN terlupa. Jika anda tidak mempunyai masa untuk pergi ke kaunter berdekatan untuk membuat transaksi, anda boleh menukar kad anda dalam talian dan menghantarnya ke pintu anda.

Langkah-Langkah Menukar Kad

Caranya adalah seperti yang berikut:

1.Anda hendaklah 'Log Masuk' di Maybank2U.


2. Kemudian, pergi ke 'Settings' atau 'Tetapan'.


3. Pergi ke 'Cards'.


4. Selanjutnya, anda hendaklah memilih 'Debit Cards' dan pergi kepada 'Replace,Activate & Block'.


5. Anda diminta untuk menekan titik tiga seperti yang terdapat pada gambar di bawah.


6. Pilih 'Replace Card'.

7. Seterusnya, anda perlulah mengisi alamat rumah, poskod alamat dan negeri anda untuk penghantaran Card. Klik di T&C untuk setuju dan tekan 'Replace Card'.


8. Kemudian, tekan 'Request SMS TAC' dan isi TAC yang diterima di ruangan yang telah disediakan.

9. Akhir sekali, masukkan nombor TAC dan klik 'Confirm'.


Setelah selesai, anda akan menerima kad baharu anda dalam tempoh 9 hari waktu bekerja selepas permohonan anda diterima. Anda bakal dikenakan caj sebanyak RM12 sebagai caj penukaran dan ditolak dari baki simpanan di dalam akaun anda.

Sebaik sahaja kad anda sampai, anda hendaklah mengaktifkan kad tersebut dengan menggunakan dua saluran iaitu ATM Maybank atau secara dalam talian.



CARA MENGAKTIFKAN KAD BAHARU ANDA MELALUI ATM YANG BERDEKATAN

Caranya adalah seperti yang berikut:
  • Masukkan kad anda.
  • Kemudian, pilih 'Bahasa'.
  • Setelah itu, masukkan nombor PIN anda.
  • Seterusnya, pilih 'Transaksi Lain'.
  • Pilih 'Perkhidmatan Lain'.
  • Selepas itu, tekan 'Seterusnya'.
  • Tekan pada 'Pengaktifan Kad'.

CARA AKTIFKAN KAD ANDA MELALUI WEBSITE

Caranya adalah seperti yang tertera:
  • Anda diminta untuk 'Log Masuk' ke dalam Maybank2U.
  • Kemudian, klik 'Settings'.
  • Pilih 'Cards'.
  • Setelah itu, klik 'Manage Debit Cards'.
  • Klik paparan 'Activate'.

*Anda seharusnya mengaktifkan kad baru anda dalam tempoh 90 hari. Sekiranya lebih, anda hendaklah mengulang dari langkah 1 untuk memohon kad baharu anda dan anda juga bakal dikenakan caj penukaran.

Tapi anda tidak perlu risau kerana caj yang dikenakan adalah tetap.

Anda juga boleh menggunakan nombor PIN yang lama. Namun, sekiranya anda ingin menukar kepada PIN yang baharu, anda harus menukarnya di Maybank2U.

Catat Ulasan

0 Ulasan