Tuntutan Pengeluaran KWSP RM 10,000 Pada 2022 Untuk Rakyat , One Off Diteruskan



Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang juga mempengerusikan Majlis Pemulihan Negara itu akan menerima memorandum yang ditandatangani lebih 108,000 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berhubung pengeluaran RM10,000 (MPN) sekali.

Kerana kedudukannya sebagai Pengerusi MPN dan hakikat bahawa beliau membenarkan pengeluaran simpanan KWSP semasa menjadi Perdana Menteri (PM), Ketua Penerangan Bersatu Malaysia, Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata memorandum itu perlu dilihat Muhyiddin.

Beliau berkata demikian selepas menerima memorandum daripada wakil Suara Pencarum Seluruh Malaysia, Azmi Mohd Tahir, di Kuala Lumpur hari ini.

Memorandum Diserahkan Kepada Bekas Perdana Menteri

Pada 28 Jun 2021 lalu, Muhyiddin ketika menjadi PM – sebelum dikhianati 15 Ahli Parlimen UMNO diketua presiden parti itu Zahid Hamidi – telah memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu i-Citra.

Skim itu membolehkan seramai 12.6 juta ahli KWSP membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan selama lima bulan tertakluk kepada jumlah simpanan semasa ahli.

i-Citra berakhir Disember tahun lalu dan kerajaan yang ada sekarang enggan menyambungnya atau membenarkan pengeluaran oneoff RM10,000 itu.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata memorandum berkenaan ditandatangni lebih 108,000 individu dengan majoriti penduduk di Lembah Klang dan Johor, yang terkesan akibat pandemik Covid-19 serta banjir baru-baru ini.

“Kalau ikutkan tumpuan utama, saya rasa ini adalah tuntutan rakyat akar umbi yang patut didengar. Saya harap rakan-rakan pimpinan dalam Perikatan Nasional dan juga dalam Kabinet terutama sekali kepada Tan Sri Muhyiddin. Saya akan angkat perkara ini kepada beliau,” katanya.



Ia Pernah Dihantar Ke Pejabat Perdana Menteri, Tetapi Ia Tidak Diendahkan

Wan Saiful berkata, meskipun kerajaan hari ini tidak bersetuju dengan pengeluaran KWSP tetapi ia pernah dilakukan sebanyak dua kali ketika Muhyiddin menjadi perdana menteri.

Ujarnya, Muhyiddin telah menunjukkan keprihatinannya kepada pencarum-pencarum KWSP dan kini oleh kerana kedudukannya sebagai Pengerusi MPN, beliau mampu mempertimbangkan untuk perkara berkenaan diangkat ke Kabinet.

Sementara itu, Azmi berkata, beliau pernah membawa memorandum berkenaan ke Pejabat Perdana Menteri sebelum ini untuk diambil perhatian.

Bagaimanapun beliau tidak menerima sebarang jawapan mengenainya sehingga kini.

Katanya, beliau terpaksa mencari jalan alternatif lain kerana simpati dengan pencarum yang terdesak mahu pengeluaran dibuat.

Tuntutan Pengeluaran KWSP RM10,000 Diteruskan

“Saya akan jumpa siapa sahaja yang sanggup membantu pencarum-pencarum ini untuk mendapatkan kelulusan pengeluaran RM10,000. Saya menuntut bukan hanya kepada satu atau dua pihak sahaja, saya akan jumpa seberapa ramai yang boleh,” katanya.

Catat Ulasan

0 Ulasan