ISU SEMASA
TERKINI ~ Semakan Status BKM & Tarikh Bayaran Fasa1 (MAC 2022)
Tentu ramai yang tertunggu-tunggu bilakah status kelulusan Bantuan Keluarga Malaysia 2022 dan bayaran BKM Fasa 1 akan diterima, kan?
Untuk makluman, tarikh akhir permohonan dan kemaskini telahpun berakhir pada 31 Januari 2022 yang lalu.
Bayaran pertama, iaitu bayaran Fasa 1 BKM dijangka akan dibuat bermula Mac 2022 ini.
Di sini kami kongsikan cara untuk anda membuat semakan status serta maklumat tentang pembayaran yang bakal diterima mengikut kategori.
Log Masuk MyBKM
BKM merupakan program bantuan tunai kerajaan yang lebih disasarkan kepada golongan yang memerlukan demi membantu golongan berpendapatan rendah menghadapi kenaikan kos sara hidup.Bagi pemohon yang mempunyai rekod permohonan BKM 2022, Menu Log Masuk MyBKM merupakan kemudahan dalam talian untuk mengemaskini permohonan dan semakan BKM 2022.
ID Pengguna dan Kata Laluan yang didaftarkan diperlukan untuk Log Masuk MyBKM. Sila lihat Soalan Lazim Pendaftaran MyBKM untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran ID MyBKM anda.
Bagi pemohon yang terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan). ID MyBKM akan disekat dan pemohon dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Sekiranya masih menghadapi masalah, pemohon boleh menghubungi Cawangan LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKM LHDNM 1-800-88-2747.
Semakan Status BKM Fasa 1
Bagi yang telah membuat permohonan baharu atau kemaskini maklumat, berikut dikongsikan cara membuat semakan status permohonan di laman web myBKM.Sila rujuk langkah di bawah:
- Layari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di pautan ini : https://bkm.hasil.gov.my.
- Klik [LOG MASUK BKM].
- Untuk makluman anda, jika anda sebelum ini merupakan penerima atau pernah memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) anda boleh semak menggunakan Kata Laluan Bantuan BPR. Jika anda tidak pernah memohon dan tidak pernah daftar, sila Klik [Permohonan Baharu] di Laman Utama myBKM untuk Semak dan Pendaftaran baru.
- Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di kotak NO MYKAD/ID PENGGUNA.
- Klik [Semak].
- Buat pengesahan iaitu “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”.
- Klik [Ya] jika kunci keselamatan anda betul.
- Sila masukkan Kata Laluan anda.
- Klik [Log Masuk].
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal Bantuan Keluarga Malaysia (myBKM).
- Klik Menu [Semakan Status].
- Maklumat Semakan BKM akan dipaparkan di ruangan ini.
- Status Permohonan anda sama ada Permohonan di Terima / Tiada Dalam Rekod / Lulus atau Tidak akan dipaparkan di Semakan Status.
- Maklumat Pembayaran iaitu Jumlah Bayaran Bantuan yang anda akan terima dan juga Tarikh Pembayaran atau Kredit ke akaun anda akan dipaparkan apabila pihak LHDN selesai memproses maklumat pemohon.
- Selesai.
Terlupa Kata Laluan
Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah terlupa password BKM tersebut:- Layari laman web BKM di pautan : https://bkm.hasil.gov.my/. Klik “Log Masuk BKM”
- Klik “Terlupa Kata Laluan”
- Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
- Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
- Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”.
- Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
- Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
- Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.
Tarikh Bayaran BKM Fasa 1
Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilaksanakan 4 kali setahun.Tarikh pembayaran pertama dijangka bermula pada bulan Mac 2022.
Sila rujuk jadual berikut:
TERKINI: Jadual Pembayaran BKM 2022
Fasa 1 : Mac 2022
- Isi rumah
- Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
- Bujang
Fasa 2: Jun 2022
- Isi rumah
- Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
Fasa 3 : September 2022
- Isi rumah
- Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
- Bujang
Fasa 4 : Disember 2022
- Isi rumah
- Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
Jumlah Bayaran BKM Fasa 1 – Fasa 4
Pembayaran BKM akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasaJumlah bayaran yang akan diterima oleh pemohon Bantuan Keluarga Malaysia yang layak mengikut kategori adalah seperti berikut:
Kadar tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:
- Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
- Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas
Buat masa ini jumlah bayaran bagi setiap fasa belum diumumkan. Maklumat ini akan dikemaskini setelah mendapat info sahih dari pihak LHDN.
Kaedah Pembayaran
Pembayaran BKM adalah seperti kaedah pembayaran BPR 2021 / BKC sebelum ini:A) Bagi Penerima Yang Ada Akaun Bank
1.Berjaya Kredit
- Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
- Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
- Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
Maklumat Lanjut / FAQ Bantuan Keluarga Malaysia
Untuk maklumat lanjut tentang BKM, sila rujuk lampiran Soalan Lazim dari LHDN di bawah:Sila rujuk makluman terkini tentang bayaran BKM melalui pautan https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bkm.html .
Catat Ulasan
0 Ulasan