TERKINI ~ Semakan Penempatan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2022/2023



Sila semak dan cetak surat penempatan anak anda jika anak anda akan memasuki darjah satu pada tahun 2022.

Surat penempatan ini akan dibawa bersama anak apabila dia mendaftar pada bulan Februari.

Telah diumumkan bahawa Semakan Tahun pengesahan penempatan & permohonan kemasukan Tahun 1 sesi 2022 dalam sistem SPATKPM akan dibuka sehingga 20 Februari 2022, bagi membolehkan ibu bapa mencetak keputusan pendaftaran.

Jadi, bagi ibu bapa yang dah lupa dekat mana slip penempatan Tahun 1 untuk pendaftaran sekolah anak bulan Mac 2022 ini, bolehlah cetak semula dokumen tu ya.

Berikut dikongsikan cara membuat semakan bagi pendaftaran yang telah dibuat bagi sesi 2022 dan 2023 bermula 1 Mac yang lalu.


Semakan Penempatan Tahun 1 Sesi 2022 / 2023

Proses pengesahan dan semakan penempatan boleh dibuat berdasarkan panduan berikut:

Berikut adalah langkah membuat pendaftaran Tahun 1 secara online.
  1. Layari laman web https://public.moe.gov.my/
  2. Tekan butang Log masuk
  3. Klik pada Semakan Status Permohonan Tahun 1
  4. Setelah itu, pilih Semakan Penempatan
  5. Status permohonan murid akan dipaparkan.
  6. Pengguna boleh mencetak surat penempatan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.
Rujuk contoh surat tawaran penempatan Tahun 1 seperti di bawah:



TINDAKAN IBU BAPA

Berikut adalah tindakan yang perlu dilakukan ibu bapa setelah membuat semakan penempatan anak.


PERAKUAN PENEMPATAN

  1. Ibu/bapa/penjaga perlu membuat pengesahan penempatan dalam sistem online.
  2. Surat Penempatan dan dokumen pengesahan sekolah tidak perlu dihantar SECARA FIZIKAL ke sekolah. Namun Salinan tersebut perlu DICETAK dan DISIMPAN dengan SELAMAT oleh ibu/bapa/penjaga untuk kegunaan semasa PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.
  3. Ibu/bapa/penjaga yang menghadapi masalah dan tidak dapat membuat pengesahan penempatan perlu MENGHUBUNGI SEKOLAH YANG DITEMPATKAN untuk bantuan proses pengesahan tersebut.

Permohonan Rayuan

Sekiranya ibu bapa ingin membuat permohonan rayuan bagi penempatan yang diterima, sila rujuk panduan di bawah:
  1. Permohonan RAYUAN PENEMPATAN hanya dibuat secara ONLINE dalam sistem dan TIADA proses RAYUAN MANUAL.
  2. Sekiranya ingin membuat RAYUAN, perakuan online perlu dibuat kerana Butang RAYUAN hanya akan aktif selepas proses PERAKUAN ibu/bapa/penjaga dilaksanakan.
  3. Keputusan RAYUAN adalah MUKTAMAD dan perlu DISEMAK sendiri ibu/bapa/penjaga dalam sistem yang sama.
  4. Keputusan RAYUAN perlu dicetak dan DISIMPAN oleh ibu/bapa/penjaga dengan SELAMAT untuk kegunaan PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.

TINDAKAN SEKOLAH

  1. MUAT TURUN, CETAK dan SIMPAN SEMUA SURAT PENEMPATAN termasuk KEPUTUSAN RAYUAN dari SISTEM (softcopy & hardcopy).
  2. Semak STATUS PERAKUAN ibu/bapa/penjaga. Hubungi ibu/bapa/penjaga yang tidak membuat PERAKUAN online. Sekiranya ibu/bapa/penjaga menghadapi masalah, mohon pihak sekolah membantu bagi menyelesaikan proses tersebut.
  3. Rekod catatan bagi setiap tindakan yang telah diambil.
  4. Semoga maklumat yang dikongsikan ini boleh digunakan sebagai panduan pelaksanaan proses kerja tersebut.

Terlupa Kata Laluan

Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa?
  1. Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan No MyKad/ID Pengguna dan Pengesahan Kod-> Klik butang MOHON KATALALUAN.
  2. Mohon semak e-mel (berdasarkan e-mel yang telah dimasukkan semasa pendaftaran)
  3. Sekiranya e-mel yang dimasukkan semasa pendaftaran tidak sah untuk membuat fungsi LUPA KATALALUAN, sila e-mel kepada pihak admin. *(Dengan subjek e-mel: E-mel tidak sah untuk fungsi katalaluan)

Maklumat Lanjut

Segala pertanyaan dan masalah mengenai pilihan sekolah, pendaftaran akaun pengguna (ID Pengguna dan Kata Laluan) boleh menghubungi no telefon dan emel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan Tuan/Puan melalui sistem SPS di pautan https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi

Catat Ulasan

0 Ulasan