ISU SEMASA
Tarikh Pengumuman Dividen KWSP 2022 Bagi Tahun Kewangan 2021

Sekiranya majikan membuat bayaran caruman untuk tempoh yang ditetapkan, penyata tahunan 2021 akan memaparkan caruman 01/2021 (potongan gaji/gaji bagi Disember 2020) sehingga caruman 12/2021 (potongan gaji/gaji untuk November 2021).
Sekiranya anda mendapati rekod caruman anda tidak teratur, anda boleh membuat aduan di kaunter KWSP berhampiran.
Tarikh pengumuman dividen KWSP 2022 disenaraikan di bawah, bersama dengan arahan cara menyemaknya secara dalam talian.
Tarikh Pengumuman Dividen KWSP 2022
Menurut info terkini dari Facebook rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, KWSP akan mengisytiharkan kadar dividen tahunan 2021 pada awal suku pertama tahun 2022 ini, iaitu dalam pertengahan / penghujung bulan Februari atau awal Mac.Semua ahli akan dimaklumkan mengenainya melalui media massa, termasuklah media sosial rasmi seperti Facebook dan Twitter.
Dividen KWSP 2021 (Tahun Kewangan 2020)
Seperti yang dimaklumkan pada 27 Februari 2021, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan pemberian dividen sebanyak 5.2 % dan jumlah agihan sebanyak RM42.88 bilion untuk Simpanan Konvensional, dan 4.9 % untuk Simpanan Shariah dengan agihan RM4.76 bilion.Secara umumnya ramai yang teruja kerana KWSP telah berjaya mencatatkan prestasi yang memberangsangkan untuk tahun 2020 walaupun mengharungi situasi yang tidak terjangka iaitu pandemik Covid-19, dan dalam persekitaran unik yang menyaksikan dunia berhadapan dengan krisis berkembar iaitu krisis kesihatan dan ekonomi.
Dalam artikel ini akan diterangkan lebih lanjut cara membuat semakan dividen KWSP bagi ahli-ahli yang mencarum, di mana jumlah dividen ini akan dikreditkan ke i-Akaun masing-masing.
Apakah Dividen KWSP?
Tahukah anda, di bawah Akta KWSP 1991, Seksyen 27, jaminan kadar dividen minimum adalah sebanyak 2.5% setahun ke atas simpanan ahli.Oleh itu, dalam keadaan apa sekali pun, ahli diberi jaminan akan menerima kadar dividen minimum itu.
NOTA: Kadar dividen SIMPANAN SHARIAH KWSP adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah dan tiada jaminan kadar dividen minimum ini.

Cara Semakan Dividen KWSP
Berikut adalah langkah membuat semakan dividen KWSP online melalui i-Akaun.- Layari www.kwsp.gov.my
- Pergi kepada ikon Login
- Masukkan ID & Kata Laluan yang telah didaftarkan
- Klik View Details di bahagian menu Dividend
- Perincian Dividen tahun 2020 akan dipaparkan
Aplikasi i-Akaun
Selain melayari laman web KWSP, i-Akaun juga boleh diakses dengan lebih cepat dan mudah melalui- Aplikasi i-Akaun di Google Apps Store
- Aplikasi i-Akaun di Apple Apps Store
Catat Ulasan
0 Ulasan