Shopee Kini Membolehkan Membeli Barang Secara Ansuran (Installment)



Shopee telah memperkenalkan ansuran Shopee, atau pembayaran secara ansuran, untuk memudahkan pelanggan membeli barangan di Shopee secara ansuran.

Dengan bayaran ansuran ini, pembeli boleh menerima barang dahulu dan kemudian membayar baki barangan secara ansuran bulanan, di mana jumlah bayaran ansuran dinyatakan dalam akaun mereka semasa pembelian.

Apa itu SPayLater?



SPayLater ialah kaedah pembayaran Beli-Sekarang-Bayar-Kemudian Shopee.

Anda boleh membuat pembelian serta-merta dan membayarnya pada bulan depan, atau sebagai ansuran dalam beberapa bulan.

Anda juga mempunyai pilihan untuk mengagihkan pembayaran balik anda kepada 2 bulan, 3 bulan atau 6 bulan (pengguna terpilih) dengan sedikit bayaran pemprosesan sebanyak 1.25% daripada jumlah pesanan.

Ambil perhatian juga bahawa semua pengguna yang menggunakan ciri SPayLater (shopee installment) akan diberikan had perbelanjaan, tertakluk kepada had maksimum RM3,000.

Had ini berbeza dari pengguna ke pengguna, dan ia akan ditentukan oleh pelbagai faktor, seperti jumlah perbelanjaan anda dan corak pembelian di Shopee, serta sejarah pembayaran balik.



Kadar caj bagi SPayLater


Memilih SPayLater sebagai pilihan pembayaran di platform memerlukan nilai pembelian minimum RM15, manakala pembelian luar talian memerlukan nilai pembelian minimum RM1.

Dalam erti kata lain, pengguna Shopee yang memilih pilihan BuyNowPayLater (BNPL) akan dikehendaki membayar jumlah penuh pembelian mereka pada bulan berikutnya, tanpa bayaran tambahan.

Mereka yang memilih ansuran bulanan, sebaliknya, akan dikenakan bayaran pemprosesan sebanyak 1.25 peratus ke atas jumlah pesanan mereka setiap bulan.

Cara mengaktifkan SPayLater

Sebaik sahaja anda telah mengaktifkannya, SPayLater (shopee installment) akan muncul sebagai salah satu pilihan pembayaran anda semasa proses pembayaran.

Anda juga boleh memilih pelan ansuran pilihan anda kemudian ketika membuat pembayaran barangan yang dibeli.

Berikut merupakan cara-cara mengaktifkan kaedah pembayaran melalui SPayLater:
  1. Buka aplikasi Shopee
  2. Pergi bahagian ‘Me’ > ‘SPayLater’
  3. Klik ‘Activate Now’
  4. Masukkan kod pengesahan yang dihantar di nombor telefon anda yang sudah didaftarkan
  5. Muatnaik gambar MyKad dan masukkan butiran yang diperlukan
  6. Ambil gambar swafoto melalui ‘facial verification’
  7. Kini SPayLater anda sudah diaktifkan

Hukum menggunakan SPayLater

Harap maklum bayaran pembayaran melalui kaedah SPayLater bagi BNPL mungkin tiada masalah namun bagi bayaran secara ansuran mungkin tidak patuk syariah memandangkan terdapat unsur riba iaitu bayaran caj 1.25% yang dikenakan kepada pelanggan.

Untuk makluman lanjut, sila baca penjelasan daripada Mufti Wilayah Persekutuan untuk penjelasan lanjut berkaitan hal ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan