Semakan SIP PERKESO 2022 : Permohonan Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)



Jika anda menganggur atau lulusan baru, anda mungkin layak mendapat Elaun Pencari Kerja (EMP) dan Elaun Persediaan Kerja melalui program Sistem Insurans Pekerjaan (EPB) Elaun Pencari Kerja+ (SIP EMP+).

Apakah prosedur untuk meminta semakan semula program SIP EMP+ Socso? Begini cara kami melakukannya, dengan harapan ia berguna.

APA ITU SIP EMP+

  1. SIP (Sistem Insurans Pekerjaan) memberikan bantuan kewangan kepada penganggur atau graduan baharuuntuk menyokong mereka melalui pencarian pekerjaan baru dengan membantu mereka menampung perbelanjaan asas
  2. Tempoh aktiviti pencarian pekerjaan adalah selama 3 bulan yang bermula sebaik sahaja permohonan SIP dikemukakan
  • Bantuan kewangan Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) berjumlah RM300 sebulan untuk tempoh 2 bulan sahaja
  • Bayaran RM400 one-off lElaun Persediaan Bekerja (EPB) akan dilaksanakan sekiranya pemohon telah berjaya ditempatkan ke dalam pekerjaan dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh permohonan SIP

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan asas iaitu:
  • Individu yang belum berdaftar atau tidak aktif mencarum dengan PERKESO selepas 1 Jun 2021
  • Berumur 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun pada tarikh permohonan.
  • Prmohonan bantuan SIP EMP+ dibuka kepada golongan bukan pencarum bermula 1 Januari sehingga 31 Disember 2022.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen seperti berikut sebelum membuat permohonan SIP EMP+:
  • Salinan kad pengenalan
  • Penyata akaun bank
  • Bukti hadir tiga kali temu duga dalam tempoh EMP
  • Kemaskini aktiviti temu duga di Portal MyfutureJobs


KADAR BAYARAN SIP EMP+

Berikut adalah merupakan kadar bayaran Program SIP EMP+
  • Permohonan yang diluluskan layak menerima EMP berjumlah RM300 sebulan untuk tempoh tiga bulan sahaja dan bayaran EPB diberikan sekiranya pemohon berjaya mendapatkan pekerjaan dalam tempoh empat bulan daripada tarikh permohonan dikemukakan.
Contoh penjelasan kadar bayaran
  • Sekiranya calon mendapat pekerjaan baharu semasa menerima EMP yang pertama, kedua atau ketiga, maka bayaran tambahan EPB sebanyak RM400 dibayar terus pada bulan yang sama.
Tempoh Bayaran
  • Pembayaran dilakukan dalam tempoh 14 sehingga 30 hari selepas tuntutan diluluskan dan dikreditkan terus ke dalam akaun pemohon secara Electronic Fund Transfer(EFT).

CARA PERMOHONAN SIP EMP+

Kepada individu yang layak boleh membuat permohonan seperti berikut:
  1. Memuat turun aplikasi Prihatin PERKESO (Android/IOS) atau layari website rasmi Perkeso di pautan https://matrix.perkeso.gov.my
  2. Klik pada Log masuk. Sekiranya anda pengguna baru klik pada Daftar akaun Matrix untuk lengkapkan proses pendaftran.
  3. Lengkapkan permohonan dengan mengisi maklumat yang diperlukan.
  4. Muatnaik dokumen yang berkaitan sekiranya diperlukan
  5. Setelah lengkap klik pada Hantar.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai SIP EMP+, anda boleh layari website rasmi Perkeso di pautan https://www.perkeso.gov.my/

Catat Ulasan

0 Ulasan