ISU SEMASA
i-Lestari : Mohon Sehingga RM 100,000 Modal Pembiayaan
Hijrah Selangor menerusi pembiayaan Skim i-Lestari menyediakan modal pembiayaan yang lebih besar dengan syarat mudah, cepat dan tidak membebankan bagi menggalakkan usahawan mengembangkan aktiviti perniagaan mereka.
Skim i-Lestari
Skim i-Lestari menawarkan modal tambahan berbentuk kewangan dari RM51,000 sehingga RM100,000 kepada individu yang sudah menjalankan aktiviti perniagaan bagi memberi peluang untuk mengembangkan lagi perniagaan yang sedang diusahakan.SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Rakyat Selangor / bermastautin melebihi 5 tahun
- Mengundi dalam negeri Selangor
- Berumur 18 hingga 65 tahun
- Perniagaan sudah beroperasi
- Mempunyai premis perniagaan yang khusus
- Mempunyai surat perjanjian atau dokumen yang sah sekiranya melibatkan perniagaan atau aktiviti ekonomi yang berkonsepkan sewaan ataupun pajakan
- Mempunyai lesen / permit perniagaan yang sah
- Tidak mempunyai rekod pembiayaan yang tidak baik dari mana-mana institusi kewangan atau agensi kerajaan
- Terlibat secara langsung dalam perniagaan
- Satu pembiayaan sahaja dalam satu-satu perniagaan
Syarat Pembiayaan Skim i-Lestari
- Had pembiayaan RM51,000 sehingga RM100,000
- Tempoh pembiayaan 50 minggu (setahun) sehingga 250 minggu (5 tahun)
- Caj perkhidmatan 8% setahun
- Wajib membuat tabungan
- Bayar balik secara mingguan / bulanan (tertakluk kepada perubahan semasa)
Cara Permohonan Skim i-Lestari
- Layari https://www.hijrahselangor.com/skim-pembiayaan-i-lestari/.
- Pergi ke menu PERKHIDMATAN
- Pilih tab SKIM PEMBIAYAAN i-LESTARI
- Sediakan dokumen permohonan seperti berikut:
Latar Belakang Hijrah Selangor
Maklumat Lanjut
- Layari www.hijrahselangor.com untuk maklumat lanjut atau
- Hubungi 20 Cawangan Hijrah berhampiran anda untuk pertanyaan dan permohonan pembiayaan di http://www.hijrahselangor.com/?page_id=32
- Klik sekarang untuk permohonan secara atas talian di http://mikrokredit.selangor.gov.my/e-hijrah/login
*Nota: Muat naik dokumen menggunakan format pdf dan saiz dokumen tidak melebihi 5MB.
Dapatkan update terkini Hijrah Selangor di Telegram Channel:
https://t.me/hijrahselangorofficial
Catat Ulasan
0 Ulasan