ISU SEMASA
Gantian Cuti Rehat (GCR) : Pemberian Awal Award Wang Tunai Bermula Tahun 2022
Kerajaan telah bersetuju untuk meningkatkan bilangan maksimum hari gantian rehat (GCR) daripada 150 kepada 160 hari dan membenarkan pemberian awal anugerah tunai GCR selama 80 hari mulai Januari 2022, sebagai sebahagian daripada pembentangan Bajet 2022.
Jika pegawai telah terakru GCR melebihi 160 hari, pegawai boleh menggunakan baki GCR sebagai cuti rehat semasa tahun persaraan.
Syarat Penebusan GCR Awal
Pegawai yang telah memilih Skim Pencen mahupun Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berhasrat untuk memohon pemberian awal award wang tunai GCR perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
(a) Tempoh perkhidmatan pegawai yang boleh dimasuk kira hendaklah tidak kurang daripada 15 tahun;
(b) Pegawai telah mencapai umur 45 tahun;
(c) Jumlah GCR yang terkumpul sebelum permohonan pemberian awal award wang tunai GCR hendaklah sekurang-kurangnya 80 hari;
(d) Bebas daripada sebarang prosiding jenayah atau tindakan tatatertib; dan
(e) Mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan.
Pemberian awal anugerah tunai GCR 80 hari hanya boleh dibuat sekali semasa perkhidmatan pegawai, dengan baki 80 hari GCR dibayar semasa tahun persaraan wajib pegawai.
Cara Penebusan & Pengiraan Gantian Cuti Rehat
Ketua Jabatan hendaklah menggunakan aplikasi Sistem Pengiraan GCR yang boleh dimuat turun di portal JPAPencen melalui pautan http://www.jpapencen.gov.my untuk tujuan pengiraan GCR yang tepat bagi pemberian awal award wang tunai GCR.
Ketua Jabatan perlu memastikan pengumpulan GCR yang dibuat sepanjang tahun perkhidmatan pegawai adalah betul dan teratur sebagaimana kehendak peraturan yang berkuat kuasa.
Semua dokumen permohonan pemberian awal award wang tunai GCR yang telah diperakukan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA.
Maklumat Lanjut
Untuk info lanjut, sila rujuk Soalan Lazim melalui lampiran di bawah:Surat Edaran boleh dimuat turun melalui portal JPA di https://tinyurl.com/59en9n7v.
Maklumat perhubungan berkaitan GCR boleh diajukan ke talian 03-8885 4686 / 4428 / 4431 / 4670 / 4427 / 4729 atau e-mel ke pertanyaan.gcr@jpa.gov.my.
Jabatan Perdana Menteri Bahagian Pasca Perkhidmatan (PENCEN)
Catat Ulasan
0 Ulasan