ISU SEMASA
BKM 2022 : Bayaran BKM Tambahan Sebanyak RM 500 - RM 300 Bagi Seisi Rumah Dan Warga Emas
KADAR TAMBAHAN BAYARAN BKM 2022
Tak lama lagi, pembayaran Fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dikreditkan bagi penerima yang layak.
Tahukah anda, bagi penerima yang lulus, terdapat bayaran tambahan BKM yang telah diperuntukkan.
Bayaran Tambahan BKM ini dikhaskan bagi penerima kategori Isi Rumah dan juga Warga Emas, serta tertakluk kepada pendapatan semasa.
Berikut dikongsikan lebih lanjut untuk makluman bersama.
Apakah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah pemberian bantuan tunai langsung kepada kumpulan bersasar yang diumumkan melalui Bajet 2022.Bantuan ini lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.
Kadar Bayaran BKM
Jumlah bayaran yang akan diterima oleh pemohon layak adalah seperti berikut:Kadar Tambahan BKM
Kadar tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:- Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
- Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas
Kategori Bantuan Pendapatan Bilangan Anak Kelayakan Asas Kelayakan Selepas Kadar Tambahan
Bilakah Akan Dapat BKM Tambahan?
Pembayaran BKM akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.Siapakah Yang Layak Sebagai Penerima BKM?
Pemohon layak menerima BKM sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:Tempoh Permohonan / Kemaskini Maklumat
Tempoh pengemaskinian maklumat / permohonan baharu BKM boleh dibuat mulai 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022 (1 bulan). Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.Jika anda penerima BPR 2021, penerima BKC B40 dan pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP:
- Anda akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan
- Anda tidak perlu membuat permohonan baharu BKM
- Jika anda mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan Portal BKM
- Jika anda tidak pernah memohon BPR ataupun BKC, dan tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM:
- Anda boleh membuat permohonan baharu BKM secara dalam talian di Portal BKM;
- Ataupun hadir ke mana-mana cawangan / pejabat satelit / pusat khidmat hasil / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM untuk megisi dan mengemukakan Borang Permohonan BKM
Kaedah Pembayaran
Pembayaran BKM dan BKM Tambahan adalah seperti kaedah pembayaran BPR 2021 / BKC sebelum ini:1.Ada akaun bank dan berjaya kredit
- Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau
- Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
- Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
- Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM
Maklumat Lanjut BKM Tambahan
Info lanjut & jumlah bayaran bagi setiap kategori penerima :- Hotline BKK LHDNM : 1800 88 2747
- Hotline BKK MoF : 03 8882 4565
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
- e-Mel : bkm@treasury.gov.my
- Laman web BKM: https://bkm.hasil.gov.my/
- Laman web Kementerian Kewangan Malaysia (MOF): https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bkm.html
Catat Ulasan
1 Ulasan
Perlu updated bg penerima bpr last year yg tidak ada sebarang perubahan pd alamat yg lepas
BalasPadam