Bantuan Kuarantin Sebanyak RM 100 Sehari Bagi Tahun 2022 - Mohon Sekarang !




Tahukah anda NADMA merupakan salah satu Agensi Pengurusan Bencana Negara Jabatan Perdana Menteri, yang berusaha untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas teruk akibat wabak tersebut?Jika anda pernah dijangkiti dan dirawat, anda boleh meminta sokongan melalui NADMA secara sekali sahaja.

Bagaimanakah cara saya memohon pembiayaan NADMA? Kami akan memberikan anda butiran tentang cara memohon bantuan kuarantin RM100 ini.

Permohonan Bantuan Kuarantin RM100 Sehari

Bantuan RM100 sehari akan diberikan kepada mereka yag menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan COVID19.

Anda boleh untuk menerima bantuan RM100 sehari sehingga 14 hari (Maksimum)

Bantuan ini hanya diberikan sekali sahaja secara (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

Syarat Kelayakan Bantuan RM100 Sehari

Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19

Pemohon Yang Tidak Layak

  • Bukan Warganegara Malaysia
  • Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian
  • Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19

Cara Permohonan

1. Muat turun dokumen-dokumen di laman web www.nadma.gov.my.
2. Permohonan lengkap dihantar melalui pos ke NADMA di alamat :

"Ketua Pengarah 
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
52502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN)"


Dokumen Yang Diperlukan

  • Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 seperti di Lampiran A (dokumen asal)
  • Salinan kad pengenalan. (Salinan Diakui Sah)
  • Dokumen KKM (Salinan borang perintah pengawasan dan pemerhatian kontak Covid-19, salinan borang pelepasan daripada pengawsan dan pemerhatian Covid-19, sijil cuti sakit)
  • Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B. (Dokumen asal)
  • Salinan penyata bank / muka depan buku akaun. (salinan diakui sah)

Sistem Semakan Status Bantuan Khas COVID19

https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/

Cara Bayaran

Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.


Maklumat Tambahan

NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

Catat Ulasan

0 Ulasan