ISU SEMASA
Bantuan Golongan Bujang Sehingga RM 600 Bagi Tahun 2022
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ialah program bantuan tunai yang bertujuan membantu golongan miskin. Ia bertujuan mengurangkan kos sara hidup dan beban yang dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah.
Kami akan berkongsi dengan anda jumlah Bantuan BKM yang akan diterima oleh bujang.
Syarat Kelayakan Untuk Penerima Bujang
Berikut adalah syarat kelayakan untuk penerima BKM bujang:- Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat
- Had umur adalah 21 - 59 tahun
- Pendapatan bujang adalah RM2,500 dan ke bawah
Kadar Bantuan Yang Diberikan
Berikut adalah jumlah bantuan yang akan diberikan kepada BujangBujang Pendapatan RM2,500 dan ke bawah:
- RM350
Individu Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan berumur 60 tahun ke atas pendapatan individu RM5,000 ke bawah:

- RM600
Tarikh Pembayaran BKM
Untuk maklumat, pembayaran BKM akan dilaksanakan 4 kali dalam masa setahun.Tarikh pembayaran akan bermula pada bulan Mac 2022.
Cara Membuat Permohonan
Data penerima BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan.Namun begitu, permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.
Catat Ulasan
0 Ulasan