ISU SEMASA
Tuntutan 10k One-Off Kwsp Masih Diteruskan Oleh Rakyat - Semak Cara Daftar i-Akaun KWSP Secara Online
CARA PENDAFTARAN I-AKAUN KWSP SECARA ONLINE
Sebelum mendaftar i-Akaun KWSP secara dalam talian, ahli hendaklah terlebih dahulu mendapatkan TAC Pengaktifan dengan mendaftarkan nombor telefon di mana-mana kaunter atau Kiosk KWSP, atau dengan menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000.- Dapatkan ID & Kata Laluan sementara anda di pejabat/kios KWSP berdekatan.
- Pendaftaran boleh dibuat secara online menerusi pautan https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.
- Pergi kepada ikon ‘Log Masuk’ dan gunakan ID & Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun.
- Selepas anda setuju, anda perlu pilih ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda.
- Apabila pengaktifkan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda
- Log masuk dengan maklumat akaun baru anda dan kini anda bertanggungjawab terhadap simpanan KWSP anda.
SYARAT KELAYAKAN UNTUK DAFTAR I-AKAUN KWSP
Antara syarat-syarat kelayakan pendaftaran i-Akaun adalah seperti berikut :- Pemohon ialah seorang pencarum KWSP
- Pemohon mempunyai nombor ahli KWSP yang sah
- Pemohon mempunyai nombor telefon bimbit yang masih aktif untuk terima kod TAC
- Majikan anda juga mempunyai nombor KWSP yang sah

Catat Ulasan
7 Ulasan
Pendapatan merosot
BalasPadammemerlukan untuk teruskn hidup
BalasPadamBuat rumah
PadamBuat rumah
BalasPadamKalau tutup akaun turus bolih ke, sebab kwsp sebenar buat menteri fan keroni nye yang kaya
BalasPadampendapatan merosot dan masalah kesihatan serta kos perubatan
BalasPadamMana i-ceria nye..kencing org LG
BalasPadamOrg tgh nk pakai duit oi.