Tiada Sekatan Untuk Pulang Ke Kampung Pada Hari Raya Aidilfitri Tahun Ini - Dato Ismail Sabri

 


Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memberi jaminan kerajaan tidak akan melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekatan untuk pulang ke kampung bagi sambutan Hari Raya Aidilftri tahun ini.

Dalam sebuah kenyataan terkini, beliau menjelaskan bahawa sektor ekonomi dan sosial serta pergerakan merentas negeri telah dibenarkan kembali seperti biasa, dan jika kes meningkat di sesuatu kawasan, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara bersasar akan dilakukan di kawasan terbabit sahaja.

Perkara ini turut diulangi oleh beliau melalui video yang dimuat naik di Twitter rasmi Perdana Menteri :



“Sudah ada orang yang buat spekulasi macam-macam, termasuk kononnya tak boleh balik raya kerana kes meningkat semula sejak beberapa hari lepas, namun jangan bimbang, kita tidak akan tutup lagi seluruh negara, atau negeri atau daerah kerana jaminan sudah diberikan.

“Pergerakan rakyat juga seperti biasa, tetapi kita akan memfokus kepada kawasan sasaran yang banyak berlaku penularan kerana kita ada PKPD. Jika kampung itu yang dikenakan PKPD, maka mereka dari kampung itu sahaja yang tidak boleh pulang,” katanya pada sidang media selepas menghadiri perjumpaan tertutup bersama petugas Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Bera di Pejabat Kemas Bera di sini.


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Assalamualaikum...sape yg x nak amik duit kwsp duduk daim la...kalo xde masalah x yoh berbunyi..ramai yg nok sebb ada masalah...ad yg x berkerja,,fikirw kan la.andai kata awok yg x nok bawok kuo ad maslh kewangan macmn

    BalasPadam