TERKINI ~ Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Kategori Bujang Sebanyak RM 350



Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ialah program bantuan tunai yang bertujuan membantu golongan miskin. Ia bertujuan mengurangkan kos sara hidup dan beban yang dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah.

Kami akan berkongsi dengan anda jumlah Bantuan BKM yang akan diterima oleh bujang.

Kadar Bantuan Yang Diberikan

Berikut adalah jumlah bantuan yang akan diberikan kepada Bujang

Bujang Pendapatan RM2,500 dan ke bawah:
  • RM350

Syarat Kelayakan Untuk Penerima Bujang

Berikut adalah syarat kelayakan untuk penerima BKM bujang:
  • Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat
  • Had umur adalah 21 - 59 tahun
  • Pendapatan bujang adalah RM2,500 dan ke bawah

Tarikh Pembayaran BKM

Untuk maklumat, pembayaran BKM akan dilaksanakan 4 kali dalam masa setahun.

Tarikh pembayaran akan bermula pada bulan Mac 2022.

Cara Membuat Permohonan

Data daripada penerima BPR 2021, pemohon BKC B40 dan BPR 2021 yang gagal berdasarkan penerimaan GKP akan diimport secara automatik ke dalam sistem BKM untuk pengesahan kelayakan.

Sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM, permohonan BKM baharu hendaklah dikemukakan, manakala penerima sedia ada perlu mengemas kini maklumat mereka dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Tarikh Permohonan / Pengemaskinian BKM

Permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat boleh dibuat bermula 1 Januari 2022 - 31 Januari 2022. (Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa)

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai pembentangan bajet 2022 bolehlah melayari laman web Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/

Sumber : Semakan Kerjaya

Catat Ulasan

0 Ulasan