Semakan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) : Keputusan Temuduga SPP DG41 One-Off 2021 (Fasa 2 & 3)



PENGUMUMAN KEPUTUSAN TEMUDUGA PENGAMBILAN KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 BAGI FASA 2 (SEJARAH) DAN FASA 3 SECARA SEKALI TAHUN 2021

Pilihan berikut adalah berdasarkan keputusan temu duga Fasa 2 dan Fasa 3:

FASA 2

1) SEJARAH;

FASA 3

1) REKA BENTUK TEKNOLOGI;
2) PENDIDIKAN MORAL;
3) DINI;
4) TEKNOLOGI ELEKTRIK;
5) TEKNOLOGI AUTOMOTIF;
6) SENI KULINARI;
7) TEKNOLOGI KIMPALAN;
8) TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI;
9) TEKNOLOGI PENYEJUKAN & PENYAMANAN UDARA;
10) KOSMETOLOGI;
11) TEKNOLOGI ELEKTRONIK;
12) TEKNOLOGI SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN;
13) BAKERI DAN PASTRI;
14) TEKNOLOGI PEMBINAAN;
15) PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK;
16) AGROINDUSTRI TERNAKAN POULTRI;
17) AGROINDUSTRI TANAMAN;
18) AGROINDUSTRI TERNAKAN RUMINAN;
19) HORTIKULTUR;
20) TEKNOLOGI ENJIN MARIN;
21) TEKNOLOGI MEKANISASI AGRO;
22) BIOTEKNOLOGI;
23) FLORIKULTUR;
24) INSURANS; dan
25) PENGURUSAN PERUNCITAN.

*Surat Arahan Penempatan akan dikeluarkan oleh KPM.



TINDAKAN CALON SELANJUTNYA :

  1. Calon yang berjaya perlu memuat turun, menyimpan dan mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) dalam tempoh enam (6) minggu sahaja daripada tarikh hebahan ini dibuat.
  2. Suruhanjaya hanya akan mengemukakan sekali sahaja surat tawaran pelantikan ini dan menjadi tanggungjawab calon untuk menyimpan surat berkenaan dengan baik serta selamat. Untuk makluman, PSTT hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Surat Arahan Penempatan oleh KPM.
  3. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon dimohon untuk menghantar e-mel pemakluman kepada alamat guru@spp.gov.my.
  4. Sila kemukakan alamat yang betul berserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dalam e-mel tersebut.
  5. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemas kini dan boleh dicetak semula.
Bagi calon yang menerima keputusan temu duga “TERTAKLUK KEPADA KELULUSAN MESYUARAT SURUHANJAYA”, keputusan temu duga calon akan diumumkan dalam masa terdekat.

Cara Semakan Keputusan Temuduga SPP DG41 One-off

Calon boleh membuat semakan keputusan temu duga melalui pautan berikut:
https://semakan.spp.gov.my/semakan/keputusan_temuduga_view.php



Surat Arahan Penempatan akan dikeluarkan oleh KPM.

Waktu Semakan

Semakan boleh dibuat pada waktu seperti berikut :
  • Isnin – Khamis : 9.00 pagi – 1.00 petang, 2.00 petang – 4.00 petang
  • Jumaat : 9.00 pagi – 12.15 tengah hari
Urusan Pengambilan : 03 – 8893 4019 / 03 – 8893 4020

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan penuh SPP di bawah dan ikuti saluran rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan berikut:
  1. Laman web https://www.spp.gov.my/
  2. Facebook: https://www.facebook.com/SPPHQ
  3. Twitter: https://twitter.com/sppmy

Catat Ulasan

0 Ulasan