ISU SEMASA
Program SIP GIG PERKESO 2022 : Insentif RM 600 - RM 800 Sebulan Untuk 6 Bulan
NOTIS: Program SIP GIG akan tersedia mulai 17 Januari 2022.
Individu yang telah diberi cuti tanpa gaji, diberhentikan kerja, atau telah menganggur lebih daripada 60 hari, pencari kerja daripada kumpulan terjejas, dan suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada enam (6) bulan dan terlibat dalam waktu tidak bekerja adalah layak mendapat insentif ini. Menggunakan Platform Digital berdaftar PERKESO
Mari ketahui lebih lanjut tentang program ini supaya anda boleh memohon segera!

Apakah SIP GIG PERKESO?
SIP Gig merupakan insentif kewangan berjumlah RM600 sehingga RM800 sebulan bagi tempoh maksimum 6 bulan bagi pekerja gig yang baharu di bawah Bajet 2022.Objektif:
- Memberi peluang kepada individu yang menganggur atau tidak bekerja untuk melaksanakan pekerjaan secara jangka masa pendek
- Menggalakkan pencari kerja atau individu menganggur mengambil peluang pekerjaan merentasi pekerjaan tidak formal atau kerjaya ekonomi gig melalui platform digital.
Individu Yang Layak Memohon
- Individu yang diberikan notis cuti tanpa gaji (minimum sebulan) atau yang diberhentikan kerja.
- Individu / graduan yang menganggur melebihi 60 hari.
- Pencari kerja daripada golongan terjejas seperti OKU, bekas banduan dan lain – lain.
- Suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada 6 bulan dan pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,208 selaras dengan had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) terkini.
- Semua pekerja untuk program ini mesti berumur 18-60 tahun pada tahun 2022.
- Semua pekerja untuk program ini mesti membuat pendaftaran mulai 1 Januari 2022 di platform digital yang berdaftar dengan PERKESO.
Individi Yang Tidak Layak
- Individu yang aktif bekerja.
- Individu yang telah menerima insentif di bawah Program KerjayaGig.
- Individu yang telah menerima insentif mobiliti di bawah Program Penjana Kerjaya tetapi telah berhenti kerja secara sukarela.
- Pelajar praktikal atau individu yang masih belum tamat pengajian.
Tarikh Permohonan
Permohonan Program SIP Gig dibuka mulai 17 Januari 2022 melalui Aplikasi PERKESO Prihatin atau melalui pautan https://matrix.perkeso.gov.my.Tarikh akhir bagi permohonan insentif Program SIP Gig adalah pada 30 Jun 2022.
Cara Permohonan SIP GIG PERKESO
- Muat turun aplikasi PERKESO Prihatin di Apple App Store atau Google PlayStore atau layari matrix.perkeso.gov.my.
- Layari platform digital yang berdaftar dengan PERKESO sahaja
- Buat permohonan di Aplikasi PERKESO atau di matrix.perkeso.gov.my
- Sekiranya permohonan diluluskan, log aktiviti perlu dimuat naik setiap bulan untuk menerima insentif.

Syarat Untuk Menerima Insentif PERKESO GIG
- Menghantar Log Aktiviti pembuktian secara cetakan berkomputer yang mengandungi jumlah komisen berserta letterhead rasmi atau logo platform digital setiap bulan bagi tempoh 6 bulan.
- Dengan minimum komisen bulanan berjumlah RM1,200 atau 40 jam seminggu, OBS layak mendapat insentif berjumlah RM600 sebulan.
- Sekiranya OBS mencapai jumlah komisen RM2,500 dan ke atas ataupun 60 jam seminggu, insentif tambahan sebanyak RM200 akan diberikan kepada OBS menjadikan insentif keseluruhan berjumlah RM800 sebulan.
Maklumat Lanjut
Untuk info lanjut, sila kunjungi www.perkeso.gov.my atau www.myfuturejobs.gov.myBoleh Download Soalan-Soalan Lazim DI SINI
https://eaduansip.perkeso.gov.my .
Catat Ulasan
0 Ulasan