Permohonan Bantuan Kewangan IPT 2022 Buat Anak Negeri Sembilan

 


Kerajaan Negeri Sembilan memperuntukkan dana untuk membantu pelajar IPT mendaftar ke peringkat pengajian tinggi tahun pertama. Bantuan Kewangan ke IPT adalah bayaran sekali sahaja kepada pelajar atau keluarga mereka yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM 4,000.

Semua kanak-kanak dari Negeri Sembilan yang berada dalam tahun pertama pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma atau Sijil layak mendapat bantuan kewangan ini. Pemohon hendaklah menghantar borang permohonan dan sebarang dokumen sokongan ke alamat yang disenaraikan di bawah.

Kadar Bantuan 

  • Sijil / Matrikulasi : RM500
  • Diploma : RM700
  • Ijazah / Sarjana / PHD : RM 1000

Syarat - Syarat Permohonan

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja layak untuk menerima bantuan :
  1. Pemohon adalah anak Negeri Sembilan yang menetap di Negeri Sembilan.
  2. Pemohon hendaklah memohon dalam tempoh tahun pertama pengajian.
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000.00.
  4. Pemohon hendaklah menggunakan borang PK-PSUKNS-31 secara online melalui aplikasi atau portal N9 Digital dan pemohon WAJIB mengisi semua maklumat yang diperlukan.
  5. Bagi pemohon yang merupakan anak peneroka FELDA sahaja; pemohon adalah diwajibkan untuk mengisi Borang Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDA.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen sokongan berikut perlu dimuat naik sebelum menghantar permohonan iaitu:
  1. Salinan kad pengenalan ibu atau penjaga.
  2. Salinan kad pengenalan bapa atau penjaga.
  3. Salinan Sijil Kematian atau Perceraian (jika berkenaan).
  4. Salinan penyata gaji atau pengesahan pendapatan ibu atau penjaga.
  5. Salinan penyata gaji atau pengesahan pendapatan bapa atau penjaga.
  6. Salinan surat tawaran ke IPT.
  7. Salinan surat pengesahan pendaftaran atau bayaran yuran pendaftaran atau surat pengesahan pengajian.
  8. Salinan Sijil Berhenti Sekolah Rendah atau Menengah.
  9. Pengesahan Bantuan FELDA khususnya bagi anak peneroka FELDA dan disahkan oleh Pengurus FELDA.

Cara-Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat melalui beberapa kaedah berikut :

Melalui aplikasi telefon pintar N9.DIGITAL; atau

Permohonan mestilah diisi oleh pelajar sendiri. Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus ke talian 06-7659936/31 @ 06-7659784/85

Klik pautan berikut untuk muat turun borang permohonan berkaitan :



Catat Ulasan

0 Ulasan