Ibu Ayah Boleh "Claim" RM3,000 , Jika Hantar Anak Ke Pusat Asuhan Dan Pra-Sekolah Berdaftar



Mungkin ramai ibu bapa tidak sedar, daripada RM2,000, ibu bapa kini boleh menuntut pelepasan cukai RM3,000 untuk anak-anak berumur enam tahun ke bawah yang bersekolah di pusat asuhan kanak-kanak atau prasekolah yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Bayaran untuk menghantar kanak-kanak ke Taman Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-Sekolah," menurut perenggan 44 (6) (1) (r) Akta Cukai Pendapatan 1967, yang menyatakan "Bayaran untuk menghantar anak ke Penjagaan Kanak-kanak Pusat atau Pra Sekolah."

Di bawah kami kongsikan dengan anda senarai pusat asuhan dan Pra-Sekolah berdaftar yang anda boleh hantar anak anda dan seterusnya mendapatkan pelepasan cukai pendapatan

Senarai Pelepasan Cukai Yang Boleh Dituntut Dalam Pengiraan Cukai

Di bawah infografik rasmi yang dikeluarkan oleh LHDN Malaysia mengenai senarai pelepasan yang boleh anda tuntut dalam pengiraan cukai setiap tahun

MACAM MANA NAK SEMAK SENARAI TASKA/ PRA SEKOLAH YANG BERDAFTAR

1. Untuk membuat semakan, layari laman web Jabatan Kebajikan Malaysia. Pergi ke bahagian perkhidmatan kanak-kanak dan pilih Senarai Taska Berdaftar. Kalau ada taska anak anda, boleh dapat pengecualian tersebut.


2. Selain dari menggunakan website JKM, ibu bapa juga boleh membuat semakan di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia E-Prasekolah.


Sebelum membuat semakan, ibu bapa perlu membuat pendaftaran dulu di laman tersebut. Setelah selesai pendaftaran, buat semakan senarai pra-sekolah yang berdaftar.

Kategori Taska

Seksyen 5 Akta 308 memperuntukkan 4 kategori Taska seperti berikut:

1. TASKA DI INSTITUSI

  • Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan
  • Ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan

2. TASKA DI TEMPAT KERJA
  • Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
  • Ditubuhkan atas inisiatif majikan untuk kebajikan pekerja

3. TASKA KOMUNITI
  • Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
  • Menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri

4. TASKA DI RUMAH

  • Menerima 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam jagaan
  • Dijalankan di kediaman sendiri
*Pastikan anda simpan resit pendaftaran anak-anak ke pusat asuhan/ pra-sekolah yang didaftarkan dengan JKM atau KPM bagi membolehkan anda claim RM 2,000 sebagai pelepasan cukai.

Sumber : Lembaga Hasil Dalam Negeri

Catat Ulasan

0 Ulasan