Cara Untuk Memohon Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Sebanyak RM 150



Bantuan Awal Persekolahan (BAP) merupakan salah satu program kerajaan yang direka untuk membantu keluarga berpendapatan rendah dengan kewangan mereka pada permulaan setiap tahun persekolahan.

Inisiatif bantuan sekolah BAP tahun ini merupakan salah satu program yang akan diteruskan bagi membantu ibu bapa dan penjaga yang termasuk dalam kategori B40.

Pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya daripada keluarga dengan Pendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000 atau kurang layak mendapat bantuan ini.

SYARAT KELAYAKAN

Pelajar yang layak mendapat bantuan awal persekolahan hendaklah memenuhi kriteria seperti berikut:
  1. Pelajar warganegara Malaysia.
  2. Pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5.
  3. Berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000 dan ke bawah pada tahun semasa.
  4. Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja.
  5. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan.
  6. Pelajar yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa) sahaja.

JUMLAH BAYARAN

Setiap pelajar yang menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150 secara sekaligus (one-off).

KAEDAH PENYALURAN

Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke:
  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK

CARA MOHON BANTUAN

  • Kelayakan permohonan akan diputuskan oleh pihak sekolah.
  • Ibu bapa / penjaga yang layak perlu mengisi borang-borang permohonan iaitu borang PB-1 dan borang PB-2 (jika perlu).
  • Kemudian hantarkan borang yang diisi lengkap bersama dengan dokumen-dokumen sokongan kepada pihak sekolah.

MUAT TURUN BORANG BAP

Anda boleh muat turun borang-borang permohonan bantuan KPM BAP 2022 di pautan berikut:
  1. Muat turun Borang Permohonan (PB-1)
  2. Bagi ibu bapa yang tidak mempunyai slip gaji / kerja sendiri boleh muat turun Borang Pengesahan Pendapatan (PB-2) ini.
*NOTA: Bagi ibu bapa/penjaga yang mengisi borang PB-2 sebagai akuan pendapatan perlulah mendapat cop rasmi daripada ketua kampung atau mana-mana pegawai.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk memohon bantuan ini:

1. Borang PB-1 (telah lengkap)

2. Borang PB-2 (jika tiada penyata pendapatan)

3. Salinan sijil lahir pelajar

4. Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa/ Penjaga

5. Salinan slip gaji/ penyata pendapatan/ Borang Pengesahan Pendapatan-Borang PB-2

5. Salinan Kad OKU (jika berkenaan)

6. Sijil kematian ibu/ bapa (jika berkenaan)

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut tentang BAP, sila layari laman portal Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan ini https://www.moe.gov.my/en/bantuan-pembelajaran-menu/bantuan-awal-persekolahan-bap

Catat Ulasan

0 Ulasan