Cara-Cara Menebus e-Wallet Sebanyak RM150 2022 : Syarat-Syarat / Pendaftaran


Apakah Program eStart?

Program eStart ialah Skim Transaksi Tanpa Tunai yang bertujuan untuk mengurangkan kesusahan kewangan dan menggalakkan perbelanjaan tanpa tunai dalam kalangan belia dan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi tempatan yang berdaftar.

Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan RM150 dalam Bantuan e-Dompet kepada pemohon yang layak sebagai sebahagian daripada program ini.

Syarat Kelayakan Permohonan eStart

Berikut adalah syarat kelayakan untuk permohonan:
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 hingga 20 tahun.
  • Pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

Jumlah Bantuan e-Wallet yang diterima

Bagi mereka yang berkelayakan akan menerima bantuan e-Wallet sebanyak RM150 setiap seorang.



Cara Untuk Memohon

Pastikan anda telah mendaftarkan diri diantara salah satu alplikasi dibawah ini:
  1. Boost
  2. TNG
  3. ShopeePay
  4. BigPay
Atau anda boleh layari di Portal Rasmi Kementerian Kewangan

Cara Daftar Di Aplikasi TNG, Boost, Big Pay, ShopeePay

  1. Cara Daftar Touch n Go eWallet:

Muat turun aplikasi Touch n Go eWallet melalui:
  • Google Playstore : KLIK SINI
  • Apple App Store : KLIK SINI
  • Hanya SATU (1) ID sah (Mykad / Tentera / Pasport) untuk SATU(1) akaun TNG eWallet.
  • Setiap akaun hanya dibenarkan didaftarkan kepada SATU (1) nombor mudah alih yang unik.
  • Isikan maklumat dan butiran diri pemohon dengan lengkap.
  • Pemohon akan menerima kod pengesahan untuk verifikasi.
  • Setelah berdaftar, pemohon boleh menggunakan TNG eWallet dan menebus kredit percuma eBelia RM150.

2. Cara Daftar Boost:

  • Pemohon perlu memuat turun aplikasi Boost di telefon pintar.
  • Naik taraf (upgrade) kepada Boost Premium bagi yang sudah mempunyai akaun Boost.
  • Sahkan atau verify akaun Boost pemohon.
  • Pastikan nombor kad pengenalan yang digunakan adalah kad pengenalan betul.
  • Klik “Get ready to claim eBelia” dan ikut arahan yang diberikan jika program itu sudah dimulakan.

3. Cara Daftar BigPay:

  • Pergi ke laman https://www.bigpayme.com/ebelia
  • Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  • Pergi ke menu Payment dan tekan ikon eBeli.
  • Klik APPLY NOW dan pemohon akan diarahkan ke laman web eBelia.
  • Masukkan semua maklumat diri dengan lengkap untuk proses verifikasi.
  • Sebaik sahaja akaun disahkan, BigPay eWallet akan menghantar notifikasi dan kreditkan e-tunai RM150 jika program ini sudah dimulakan

4. Cara Daftar ShopeePay:

  • Pemohon perlu memuat turun aplikasi Shopee di telefon bimbit.
  • Aktifkan ShopeePay bagi yang sudah mempunyai akaun Shopee.
  • Buka aplikasi Shopee dan pergi ke ikon ShopeePay di homepage Shopee.
  • Masukkan butiran peribadi seperti nama dan nombor kad pengenalan.
  • Masukkan nombor PIN (perlu diingat) untuk pengesahan.
  • Pemohon boleh membuat pembayaran menggunakan ShopeePay sebaik sahaja ia diaktifkan dan ditambah nilai.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang rasmi di https://www.mof.gov.my/ untuk dapat info-info terkini mengenai program e-start.

Catat Ulasan

0 Ulasan