ISU SEMASA
Bantuan Sebanyak RM 150 Bagi Anak-Anak Yang Berumur 17 Tahun Ke Bawah
Dengan jumlah bantuan RM450 juta, Bantuan Awal Persekolahan ini akan memanfaatkan lebih 3 juta pelajar yang layak.
Syarat kelayakan untuk Bantuan Awal Persekolahan 2022 digariskan di bawah.
Bantuan Awal Persekolahan RM150
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 yang bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.Bantuan ini akan diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya di kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000 dan ke bawah
Jumlah Bantuan Awal Persekolahan
Mulai 2022, pelajar yang menerima BAP akan menerima bantuan sekali gus (sekali) sebanyak RM150 setiap pelajar, meningkat RM50 berbanding RM100 tahun sebelumnya.
Anda atau anak anda akan menerima RM300 jika anda mempunyai dua orang anak dan memenuhi syarat kelayakan.
Syarat Permohonan BAP
Berikut adalah syarat-syarat yang perlu dipenuhi sekiranya ingin memohon bantuan persekolahan ini:- Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) ;
- Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan ;
- Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).
Cara Mohon Bantuan Awal Persekolahan 2022
Tiada borang permohonan yang perlu diisi.Kaedah Pembayaran
Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;- Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
- Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK
Catat Ulasan
0 Ulasan