B40 : Bantuan Suri Rumah Diberikan Sebanyak RM480



Permohonan bantuan i-Suri KWSP adalah untuk suri rumah, balu dan ibu tunggal yang akan mendapat insentif RM480 ​​setiap tahun. Ia didedikasikan untuk mengiktiraf usaha mereka kepada ahli keluarga serta kemajuan negara.

Berikut adalah maklumat tambahan yang perlu anda ketahui sebelum memohon sokongan i-Suri KWSP.

BANTUAN I-SURI KWSP

Berikut dinyatakan senarai bantuan yang akan diterima oleh penerima i-Suri:
  • Pembayaran sebanyak RM480 diberikan bermula dari tahun 2019 hingga ke tahun-tahun berikutnya termasuklah tahun 2021.
  • Bantuan kematian juga disediakan sebanyak RM2,500.
  • Penerima i-Suri akan menerima dividen tahunan KWSP seperti pencarum yang lain.
  • Bantuan hilang upaya.
  • Pengeluaran simpanan.
  • Insentif kerajaan.

SYARAT - SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan beberapa syarat telah ditetapkan kepada yang berminat untuk membuat pendaftaran i-Suri:
  • Warganegara Malaysia
  • Suri rumah yang telah mendaftar untuk eKasih.
  • Masih belum mencapai umur 60 tahun.
  • Buat caruman bulanan sekurang-kurangnya RM5 atau caruman tahunan RM60 ke akaun KWSP anda.
  • Isteri Ketua Rumah (KIR) / Perempuan (KIR).

Siapakah yang boleh mencarum?
  • Suami bagi pasangan yang layak
  • Diri sendiri (isteri)

CARA  - CARA  UNTUK MEMOHON

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohon bantuan i-Suri:
  • Bawa kad pengenalan beserta dua borang i-Suri ke mana-mana cawangan KWSP yang terdekat.
  • Borang i-Suri KWSP 16G (M) - Untuk pendaftaran kali pertama.
  • Borang i-Suri KWSP 6A (2) - Untuk semasa pembayaran.

CARA - CARA PEMBAYARAN CARUMAN

Pembayaran caruman boleh dibuat melalui tiga cara:
  • Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.
  • Tunai atau cek di kaunter panel KWSP sama ada Maybank, Public Bank, BSN ataupun Public Bank.
  • Pindahan wang melalui perbankan internet melalui Maybank atau Public Bank.

MAKLUMAT LANJUT

  • Jika anda mempunyai sebarang masalah atau menghadapi sebarang kesulitan untuk memohon i-Suri, sila layari laman web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-89226000.
  • Untuk maklumat lanjut mengenai kelayakan insentif, sila layari laman web rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di https://www.kpwkm.gov.my/

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. 我非常希望可以使用自己在KWSP里的存款拿来购买自己的医药费。因为本人需要金钱来购买一些常使用的药物,如心脏病药,清血药等等。因本人已无法工作,没收入。。

    BalasPadam
  2. Golden Nugget VIP Lounge | A VIP Lounge with A VIP 카지노사이트 카지노사이트 gioco digitale gioco digitale 6325Win Real Money Jackpot & Win at Online Casino | Bet365

    BalasPadam