TERKINI ! - Pengeluaran KWSP RM10,000 Dalam Akaun 1 Secara "One-Off" - Mingguan Jawatan

Breaking

Rabu, 15 Disember 2021

TERKINI ! - Pengeluaran KWSP RM10,000 Dalam Akaun 1 Secara "One-Off"





Kuala Lumpur - Bekas Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak mengesyorkan kerajaan meningkatkan had maksimum pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui i-Citra kepada RM10,000 sebagai program pengeluaran khas terakhir untuk membantu mereka yang mengalami masalah kewangan semasa epidemik. Ini adalah Covid-19.

Perkara itu amat diperlukan oleh orang ramai ketika ini berikutan penularan wabak Covid-19 yang melanda negara, menurut Dato'Seri Mohd Najib Tun Razak.

PENGELUARAN RM10,000 AKAUN 1 KWSP

"Saya mendapati ramai rakyat yang bersuara dan mendesak perkara ini. Sebenarnya mereka mempunyai tunggakan yang perlu dijelaskan atau berniat mengumpul modal untuk memulakan perniagaan kecil mereka.

"Justeru itu, saya amat berharap had maksimum i-Citra dinaikkan kepada RM10,000 sebagai skim pengeluaran khas terakhir kerana ini amat dituntut oleh rakyat," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet) 2022 di Dewan Rakyat di sini pada Isnin lalu.

Mantan Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib seterusnya menyatakan usaha beliau dalam memerangi isu ini bukan semata-mata bermotifkan keinginan untuk meraih populariti, tetapi lebih kepada kesedaran tentang cabaran yang dihadapi rakyat ketika itu.

"Sesungguhnya ini bukan yang disifatkan sebagai langkah populis tetapi berpunca daripada keperluan mendesak rakyat," jelas beliau lagi.

Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan, tidak menyebut mengenai pengeluaran RM10,000 sekali dana i-Citra KWSP ketika membentangkan Bajet 2022 Jumaat lalu.

8 ulasan:

  1. Berilah pengeluaran 10k one off terakhir kali.rakyat sangat perlukan

    BalasPadam
  2. Amat Setuju tentang pengeluaran 10k one off yang terakhir (KWSP)

    BalasPadam
  3. Kami golongan rakyat yang serbah kekurangan,semoga dengan perkara yang tersebut,(pengeluaran one off 10k kwsp) yang terakhir,sungguhpun demekian..kami amat2 memerlukannya demi untuk menampung perbelanjaan kehidupan kami sehari harian,yang selama ini banyk tergugat akibat pendemik wabak covid 19 yang durjana yang melanda negara kita selama ini.moga dengan adanya peluang pengeluaran wang kwsp ini,kami dapat menafaatkannya sebaik mungkin,sungguhpun ia adalah yang terakhir permohonan bagi kami rakyat yang memerlukan.

    BalasPadam
  4. Berharap sangat.. semoga permohonan kami rakyat yg dalam kesusahan diterima..

    BalasPadam
  5. Apa masalah persatuan pekerja, yg org besar nya tu ntah mamak, ntah melayu, ntah kap lam ya nga. Dia plak yg kecoh tak bagi kerajaan luluskan kwsp 10k one off utk rakyat. "lu sape, tak mau penting diri sendiri. Serupa lu, wang bukan masalah sbb kiri kanan, atas bawah wang masuk atas kuasa yg lu ada.... Skrg rakyat bukan nak minta duit lu ke, mak bapak lu ke, kita minta duit dari hasil titik peluh kami aendiri, yg tepat ni lah masanya utk digunakan. Klu serupa lu, peluh klu keluar pun masa joging kt taman bunga. Tapi utk wang, setitik pun gua tak pasti pernah keluar. Keluar pun masa kira wang mungkin. So,more better lu buat lu yg patut dan tak perlu nak ganggu rakyat. Bangang pun ya juga lu ni, tak tau nak beza baik tak baik something yg sepatutnya. "baa alif ngnag". bangang, lu lah org tu....

    BalasPadam
  6. walaupun kita sebagai rakyat berbeza fahaman politik tetapi idea D.S Najib amat wajar sekali.memandangkan bantuan drp kerajaan tidak dapat membantu menyelesaikan masalah rakyat yg bergelut dlm pandemik serta indemik.saban hari kejadian bunuh diri serta kadar jenayah termasuk kes penceraian makin meningkat diakibatkan masalah kehilangan pekerjaan serta sumber kewangan.jika ada ahli parlimen yg tidak menyokong idea ini,maka mereka perlu bertanggungjawab atas nasib penderitaan rakyat.

    BalasPadam
  7. Adakah kerajaan seronok menyaksikn kami ggolongn marhaen menjadi mangsa kerakusan along or ceti haram bila kehidupam kami tertekan akibat kekurangan or tiada sumber kewangann bagi kelangsungsn hidup.cubalah wahai pm..menteri kewangan.ceo epf bawakn diri anda seketika menjadi insan sprti kami..rasakn betapa sukar..susah..peritnya kami mencari sesuap nasi utk diisi olrh anak2 yg masih kecil.yg hnya tahu menangis bila kelaparan..yg hnya tahu meminta wang bila disekolah cikgu brtanyakn wang itu ini.kami sbg ibubapa hnya mampu menahan airmata didepan anal2 semata2 tdk mahu mrteka kehilngan minat utk belajar bila ibubapanya susah mndapatkn wang bg kegunaan disekolah..tolonglh wahai pemimpin rasakn apa yg kami hadapi wlupun kamu semua bkn dlm golongan apt kami.menolong org yg kesusahan amat dituntut dlm agama islam.ganjatanya besar sekali.

    BalasPadam
  8. Setuju aku tidak kerja luluskan lah 10k icitra kali terakhir ini

    BalasPadam