Terkini ~ Maybank Menyediakan Bantuan Banjir Kepada Mangsa Banjir Serta Tuntutan Insurans

 


Maybank kini menawarkan Bantuan Sokongan Banjir kepada pelanggannya yang terjejas akibat banjir di seluruh negara.

Individu, perniagaan kecil dan sederhana (PKS) dan pelanggan bukan runcit lain yang terjejas akibat banjir akibat hujan lebat sejak beberapa hari lalu layak menerima Bantuan Sokongan Banjir.

Bantuan Sokongan Banjir bertujuan untuk membantu mangsa banjir mengatasi kesukaran mereka dengan menangguhkan pembiayaan atau pembayaran pinjaman, mengurangkan ansuran bulanan atau melanjutkan tempoh pembayaran balik.

Selain itu, pihaknya juga menawarkan pengecualian yuran dan caj untuk perkhidmatan terpilih seperti penggantian kad debit, kad ATM atau buku cek yang hilang atau rosak semasa banjir.

Dalam pada itu, Maybank turut memberikan pengecualian caj lewat bagi kad kredit pelanggan yang terjejas.

Pelanggan boleh memohon Bantuan Banjir melalui dua saluran mudah melalui;

I. E-mel ke floodrelief@maybank.com dengan menyediakan nama atau nama syarikat, nombor kad pengenalan/ Pendaftaran Perniagaan, nombor telefon, alamat lokasi yang terjejas, jenis pinjaman/ produk (contohnya; Gadai Janji, Sewa Beli, Pembiayaan Pinjaman Bertempoh) serta Nombor kenderaan (untuk Sewa Beli).

II. Lawati atau hubungi mana-mana cawangan kami, Pusat PKS, Pusat Perbankan Perniagaan atau Pusat Kewangan Auto (yang berkaitan) di seluruh negara.

Semua permohonan akan dinilai berdasarkan kes demi kes.

Sementara itu, cabang insurans, Etiqa juga telah menyediakan proses tuntutan yang cepat dan mudah untuk pemegang polisi insurans dan pemegang sijil takaful serta tanpa borang atau dokumen sokongan.

Untuk mengemukakan tuntutan, pemegang polisi atau pemegang sijil masing-masing boleh:

I. Hantar mesej teks, gambar atau video banjir ke nombor Whatsapp 24 jam khusus:


Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang, dan Perlis 011-1630 6646

Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak 018-226 3288

atau

II. Hubungi Talian Penjagaan Tuntutan Banjir

Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang, dan Perlis – 03-2692 8188

Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak – 03-4270 7735 /
03-4270 5068.

Tuntutan yang dibuat di lokasi atau cawangan untuk jumlah kurang daripada RM20,000 akan diluluskan serta-merta.

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Sokongan Banjir, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan Maybank.

Semoga bermanfaat.

Catat Ulasan

0 Ulasan