TERKINI ! - Bantuan Ihsan Sebanyak RM1000 Akan Diberikan Kepada Isi Rumah Yang Terjejas Dengan Banjir - Mingguan Jawatan

Breaking

Selasa, 21 Disember 2021

TERKINI ! - Bantuan Ihsan Sebanyak RM1000 Akan Diberikan Kepada Isi Rumah Yang Terjejas Dengan Banjir



TERKINI: Bantuan Wang Ihsan RM1000 Untuk Setiap Ketua Isi Rumah Terjejas Banjir & Pengumuman Cuti Kecemasan

(SIDANG MEDIA PERDANA MENTERI TENTANG PERKEMBANGAN & BANTUAN MANGSA BANJIR DI SELANGOR, KUALA LUMPUR & NEGERI-NEGERI BERKENAAN, 19 DISEMBER 2021)

Dalam sidang media baru-baru ini, Perdana Menteri DS Ismail Sabri mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju menyediakan peruntukan awal RM100 juta untuk pembaikan rumah dan infrastruktur lain selepas banjir.

Bantuan ini juga termasuk Bantuan Wang Ihsan yang akan memberikan sumbangan RM1000 kepada setiap ketua isi rumah yang terjejas akibat banjir.

Perdana Menteri DS Ismail Sabri turut mengumumkan cuti kecemasan bagi penjawat awam yang terjejas akibat banjir yang berlaku sejak hujan lebat semalam.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga berharap pihak swasta bertindak balas dengan cara yang sama kepada pekerja bencana.

Dalam pada itu, difahamkan GLIC dan GLC juga akan bekerja sama dengan kerajaan dengan menyediakan geran padanan untuk membantu mangsa-mangsa banjir dalam membuat bayaran balik, terutamanya di negeri terjejas teruk seperti Selangor, Perak, Kelantan dan Pahang.

Antara rangkuman intipati dalam sidang media beliau sebentar tadi:
  • Setiap ketua isi rumah terjejas banjir akan menerima bantuan sumbangan RM1,000
  • Jumlah mangsa banjir berlindung di 103 PPS di 8 daerah seluruh Selangor meningkat 15,000 hari ini
  • Kerajaan setuju sediakan peruntukan awal RM100 juta untuk pasca banjir bagi membaiki kerosakan rumah dan infrastruktur lain
  • Kerajaan bersetuju beri cuti kecemasan akibat bencana kepada penjawat awam terkesan banjir
  • Majikan swasta disaran beri cuti dan tidak memotong gaji atau cuti tahunan pekerja terjejas
  • Perlu ada pasukan Kementerian Kesihatan di setiap Pusat Pemindahan Sementera

Orang awam digalakkan melayari laman Public Info Banjir untuk mengetahui maklumat terkini banjir.

Klik ke laman web dikelola Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang memaparkan maklumat terkini bencana banjir, amaran hujan lebat dan paras air sungai di seluruh Malaysia: https://publicinfobanjir.water.gov.my/

Laporan lanjut menyusul.

2 ulasan:

  1. 申请过程麻烦到死,政府如果没有心要给!身份证和地址就好了啊。还要一大堆资料##不想给就静静就不要说鸟话!

    BalasPadam