ISU SEMASA
Permohonan Bantuan RM800 Bagi Individu Yang Belum Bekerja

Program Perantisan PERKESO di bawah PenjanaKerjaya 2.0 ini adalah lebih baik berbanding dengan program sebelumnya.
Tempoh masa bagi program ini adalah selama 6 bulan yang bertujuan untuk memastikan para belia mendapat latihan yang secukupnya.
Kami kongsikan kepada anda maklumat program kepada anda.
Insentif Bantuan Kewangan
Tempoh latihan yang diberikan adalah selama 6 bulan kepada permohonan baharu. Insentif yang bakal diterima adalah RM800.Tarikh Permohonan
- Dibuka sejak 1 April 2021
Syarat-syarat Kelayakan
Syarat Majikan
- Majikan hanya menggajikan graduan atau lepasan sekolah antara 18-30 tahun sahaja.
- Majikan boleh menggajikan mana-mana Perantis yang mengikuti Program Perantisan yang dilaksanakan oleh badan-badan yang berkelayakan.
- Setiap perantis yang tersenarai hanya boleh mengikuti 1 kursus sahaja.
- Majikan yang mengambil perantis di bawah PenjanaKerjaya layak memohon untuk pekerjanya menjalani latihan semula atau peningkatan kemahiran berdasarkan keperluan pekerjaan.
Syarat Perantis
- Calon adalah seorang dari kalangan lepasan sekolah atau
- Graduan yang masih menganggur
Tidak Layak Memohon
Anda tidak layak memohon sekiranya:- Syarikat yang mengambil pelajar Internship
- Bukan warganegara Malaysia
- Pelajar yang belum tamat pengajian
Cara Permohonan
Untuk Majikan
Daftar dan iklankan kekosangan pekerjaan di portal rasmi pengambilan perantishttps://www.myfuturejobs.gov.my.
Buat permohonan insentif di laman sesawang
https://www.perkeso.gov.my.
Perantis / Pemohon
Memohon pekerjaan di bawah program pengambilan perantishttps://www.myfuturejobs.gov.my/ms/halaman-utama/.
Catat Ulasan
0 Ulasan