Cara Membuat Permohonan Bantuan RM1,000 Bagi Golongan Belia Yang Berumur 18-30 Tahun - Mingguan Jawatan

Breaking

Selasa, 28 Disember 2021

Cara Membuat Permohonan Bantuan RM1,000 Bagi Golongan Belia Yang Berumur 18-30 Tahun

 \


Kerajaan menjanjikan RM1,000 bantuan belia untuk individu berumur 18 hingga 30 tahun dalam pembentangan Bajet 2021 terbaru, yang merupakan berita baik untuk semua golongan muda.

Untuk makluman anda, mulai 1 Januari 2021, mana-mana majikan yang mempunyai pekerja berumur 18 hingga 30 tahun layak memohon insentif RM1,000 melalui Program Perantisan

Oleh sebab itu, insentif ini membolehkan remaja yang menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan tetap untuk menimba pengalaman bekerja dan meningkatkan kualiti kemahiran mereka melalui latihan sambil bekerja.

TUJUAN BANTUAN

Objektif insentif & bantuan ini adalah untuk memberikan peluang kepada penganggur/belia yang tidak mempunyai kerja tetap. Juga untuk membantu belia tambah pengalaman dalam pekerjaan serta tingkatkan mutu kemahiran bekerja melalui on-the-job-training.

MAKLUMAT BANTUAN

Antara insentif / bantuan yang akan diterima oleh perantis / majikan dalam program ini adalah:
  • Bayaran RM1,000 kepada majikan yang mempunyai lepasan sekolah dan graduan untuk Program Perantisan.
  • Tempoh bayaran yang diberikan selama 3 bulan iaitu bersyarat kontrak perkhidmatan itu minimum adalah selama 3 bulan juga.
  • Gaji/elaun minimum adalah sebanyak RM1,200 sebulan.
  • Majikan diberikan peluang untuk memohon hanya 1 kursus latihan sahaja bagi perantis dengan kos maksimum sehingga RM4,000.
  • Pekerja juga layak untuk mendapat elaun kesediaan kerja/insentif

Syarat Kelayakan

Dalam program Penjana Kerjaya ini, mereka yang ingin memohon perlu mempunyai kriteria dan syarat-syarat seperti berikut:

  • Merupakan Warganegara Malaysia
  • Lepasan sekolah/graduan yang berumur antara 18 hingga 30 tahun
  • Belia yang masih menganggur dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan yang tetap.
  • Belia yang pernah mengikuti mana-mana Program Perantisan yang berdaftar di mana-mana jenis syarikat dan badan-badan berkanun.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Syarikat perlulah berdaftar terlebih dahulu dan membuat iklan berkaitan kekosongan bagi pengambilan perantis di portal MyFutureJobs.

Setiap perantis yang diambil bekerja di bawah program ini perlu membuat caruman dengan pihak PERKESO.

CARA MEMOHON

Untuk membuat permohonan ini, pihak majikan perlu memohon Penjana Kerjaya secara atas talian (online) melalui portal rasmi PERKESO di https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my/index.php

Kepada belia yang ingin menyertai Program Perantisan, anda boleh mendaftarkan diri sebagai pengguna dan isi setiap maklumat bagi melakukan permohonan menerusi program yang ditawarkan di portal rasmi MyFutureJobs - klik DI SINI

Sila mohon sebelum 31 Disember 2021

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lanjut mengenai program ini, sila rujuk di bawah:

1 ulasan: