Cara-Cara Memohon Tuntutan Kerosan Banjir Rumah LPPSA Yang Terjejas Banjir




TUNTUTAN INSURANS BENCANA ALAM BAGI PELANGGAN LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA) YANG TERLIBAT DENGAN BANJIR.

Dimaklumkan bahawa semua pembiayaan perumahan sektor awam di bawah LPPSA adalah dilindungi oleh Polisi Perlindungan pemilikan Rumah Jangka Panjang (LTHO) daripada panel insrans takaful LPPSA yang telah dipilih oleh pelanggan semasa mengemukakan permohonan pembiayaan.

Akibatnya, LPPSA mengesyorkan pelanggan yang telah terjejas akibat tragedi banjir untuk menghubungi panel insurans / takaful LTHO individu mereka dan memfailkan tuntutan. 

Maklumat lanjut mengenai Takaful / Insurans LTHO LPPSA dan Cara memfailkan tuntutan rumah yang rosak atau hilang akibat banjir boleh didapati di bawah.


NOTA: Tuntutan insurans / takaful adalah tertakluk kepada skop / polisi perlindungan insurans / takaful yang telah diambil oleh pelanggan bersama-sama pembiayaan perumahan sektor awam di bawah Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) LPPSA.

Peringatan : Pelanggan dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang baikpulih kerosakan sehingga pelaras kerugian (adjuster) yang dilantik oleh panel insurans / takaful menilai kerosakan hartanah yang terjejas akibat banjir.

Apakah Insurans / Takaful LTHO LPPSA?

LTHO adalah Perlindungan Insurans / Takaful Pemilikan Rumah Jangka Panjang.

Ia adalah sejenis insurans yang melindungi rumah kediaman persendirian daripada kerugian atau kerosakan berdasarkan skop perlindungan, seperti kebakaran, kilat dan letupan yang disebabkan oleh gas yang digunakan untuk tujuan domestik.

Pelanggan LPPSA boleh mendapatkan faedah tambahan melalui insurans/takaful ini dengan menghubungi panel insurans/takaful yang terpilih untuk pertanyaan mengenai perluasan skop perlindungan.


Cara Membuat Tuntutan Kerosakan Rumah Akibat Banjir LPPSA

Berikut adalah prosedur dan cara untuk membuat tuntutan pampasan bagi panel insurans / takaful LTHO bagi kerosakan rumah yang dibiayai oleh LPPSA.

Peminjam boleh mengemukakan tuntutan pampasan kepada pihak insurans / takaful dengan menyediakan dokumen berikut:
  1. Salinan kad pengenalan
  2. Laporan polis
  3. Laporan bomba
  4. Sebut harga baikpulih
  5. Borang tuntutan pampasan

Berikut adalah panel insurans dan takaful yang terlibat di bawah LPPSA.

1. Etiqa General Takaful

2. Takaful Malaysia

3. Takaful Ikhlas Malaysia


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaa lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan LPPSA di talian 03-888 01 600

ATAU

Sila buat pertanyaan secara online melalui Portal pertanyaan / Aduan Rasmi LPPSA di pautan berikut: https://etiket.lppsa.gov.my/

Catat Ulasan

0 Ulasan