ISU SEMASA
Bantuan Awal Persekolahan RM150 Bagi Tahun 2022
Kerajaan bersetuju meningkatkan jumlah bantuan daripada RM100 kepada RM150 dalam bajet 2022, yang dianggarkan memberi manfaat kepada 3 juta pelajar yang berkelayakan.
SYARAT BANTUAN
Berikut adalah syarat-syarat BAP yang ditetapkan:- Pelajar adalah warganegara Malaysia (mesti membuktikan bahawa dia mempunyai sijil kelahiran/MyKid/MyKad atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pendaftaran Negara Malaysia)
- Pelajar darjah 1 hingga 5 atau pelajar setaraf daripada keluarga dengan jumlah pendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah tahun ini. Jumlah pendapatan bulanan ialah pendapatan yang hanya mengambil kira gaji hakiki/asas dan elaun tetap.
- Bantuan ini diberikan kepada pelajar yang belajar di sekolah kerajaan (SK), sekolah bantuan kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, sekolah agama negeri dan sekolah swasta (kecuali sekolah antarabangsa).
CARA PEMBAYARAN
Bantuan ini akan disalurkan terus oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat kepada Akaun Kumpulan Wang Kerajaan Sekolah (KWK) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) mempunyai akaun khas untuk sekolah yang tidak mempunyai akaun KWK.Pihak sekolah kemudiannya akan memberikan bantuan ini kepada setiap pelajar yang layak mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan.
Catat Ulasan
0 Ulasan