Untuk B40, Bantuan Berharga RM400


Kerajaan Terengganu mengumumkan bahawa isi rumah terjejas dalam B40 dan sebahagian daripada M40 akan menerima bantuan dana i-Fitri, yang akan memanfaatkan 115,000 orang.

Selepas dua tahun menyambut Aidilfitri dengan keterbatasan, bantuan ini diberikan supaya dapat menampung kewangan ketika menyambut Aidilfitri.

Pada 15 November 2022, bantuan ini diumumkan semasa pembentangan Bajet Terengganu 2022 bertajuk “Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua,” pada Mesyuarat Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Kadar Bantuan Yang Diberikan

Berikut dikongsikan jumlah bantuan yang akan diberikan:
  • B40: RM400
  • M40: RM250

Cara Membuat Permohonan

Setakat ini, tiada maklumat terperinci tentang cara menghantar permohonan.Walau bagaimanapun, maklumat ini akan diberikan apabila ia tersedia.


Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai bantuan ini bolehlah rujuk Rangkuman Ucapan Belanjawan Terengganu 2022 DI SINI



Catat Ulasan

0 Ulasan