Semakan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) : Keputusan Temuduga PPP DG41 One-off 2021 (Fasa 1)




TAHUN 2021: PENGUMUMAN KEPUTUSAN TEMUDUGA PENGAMBILAN KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 GRED DG41 (FASA 1)

Hebahan Keputusan Temu Duga PK PPP Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021 (Fasa 1)

Keputusan temu duga Fasa 1 kini boleh dilihat secara dalam talian, menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Semakan keputusan temuduga SPP ini adalah bagi opsyen – opsyen seperti berikut :


1) BAHASA CINA;
2) BAHASA IBAN;
3) BAHASA KADAZANDUSUN;
4) BAHASA SEMAI;
5) PENDIDIKAN MUZIK;
6) TAHFIZ;
7) (SJKC) BIMBINGAN DAN KAUNSELING;
8)(SJKC) MATEMATIK;
9) (SJKC) PENDIDIKAN MUZIK;
10) (SJKC) PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN;
11) (SJKC) PENDIDIKAN KHAS;
12) (SJKC) PENDIDIKAN MORAL;
13) (SJKC) PENDIDIKAN SENI / SENI VISUAL;
14) (SJKC) REKA BENTUK TEKNOLOGI; dan
15) (SJKC) SEJARAH.

Cara Semakan Keputusan Temuduga SPP DG41 One-off


Calon boleh membuat semakan keputusan temu duga melalui pautan berikut:

(https://semakan.spp.gov.my/semakan/keputusan_temuduga_view.php)

Surat Arahan Penempatan akan dikeluarkan oleh KPM.


TINDAKAN CALON SELANJUTNYA


Surat Tawaran Pelantikan dan Pakej Penerimaan Tawaran (PSTT) hendaklah dimuat turun, disimpan dan dicetak dalam tempoh enam (6) minggu dari tarikh pengumuman ini dibuat.

Suruhanjaya hanya akan menghantar surat tawaran pelantikan ini sekali sahaja, dan menjadi tanggungjawab calon untuk memastikannya selamat dan terjamin.

Untuk makluman, PSTT hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Surat Arahan Penempatan oleh KPM.

Sekiranya terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon dimohon untuk menghantar e-mel pemakluman kepada alamat guru@spp.gov.my.

Dalam e-mel, sila sertakan alamat yang betul, serta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi.

Apabila surat tawaran telah dikemas kini dan boleh dicetak semula, SPP akan menghubungi calon.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan penuh SPP di bawah dan ikuti saluran rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan berikut:

Catat Ulasan

0 Ulasan