ISU SEMASA
Semakan Status Pembayaran Fasa 2 dalam GKP 4.0 (23 November 2021)
Geran Khas Prihatin (GKP 4.0) dengan bayaran RM1,000 telah diluluskan untuk 1 juta usahawan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
Bantuan ini seiring dengan pemahaman tentang cabaran yang dihadapi oleh perniagaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) semasa pandemik.
PM Ismail Sabri baru-baru ini mengumumkan bahawa pembayaran kedua Geran Khas Prihatin 4.0 akan bermula pada 23 November 2021.
Mulai Isnin, 22 November 2021, anda boleh menyemak status dan kelulusan permohonan anda.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Geran Khas Prihatin 4.0 untuk makluman bersama.



Apakah GKP 4.0 ?
GKP, atau Geran Khas Prihatin, ialah program bantuan kewangan sekali sahaja untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) yang berkelayakan untuk membantu mereka mengurangkan beban kewangan sambil meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan mereka.Sejak COVID19 tiba di negara ini tahun lepas, GKP 1.0 dan GKP 2.0 telah diperkenalkan.
GKP Tambahan dan GKP PERMAI juga telah diumumkan sebagai inisiatif untuk membantu lebih ramai usahawan yang terjejas akibat pandemik.
Perdana Menteri mengumumkan GKP 3.0 melalui Perutusan Khas PEMERKASA pada 17 Mac 2021, dan GKP 4.0 melalui Perutusan Khas PEMULIH pada 28 Jun 2021.
Pakej PEMULIH termasuk suntikan fiskal kerajaan terus RM10 bilion.

Kadar & Tarikh Bayaran GKP 4.0 Fasa 1 dan Fasa 2
Bayaran ini dibuat secara ansuran sebanyak dua kali iaitu:- Fasa 1 : Bayaran bermula pada 21 September 2021 (RM500)
- Fasa 2 : Bayaran pada 23 November 2021 (RM500)

Tarikh Permohonan Baharu
Kepada usahawan mikro yang masih belum pernah mendapat bantuan ini, pendaftaran akan mula dibuka pada 15 Julai hingga 31 Julai 2021.Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan bagi memohon GKP 4.0 adalah seperti berikut:- Bukan penerima GKP sebelum ini; dan
- Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
- Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
- i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
- ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
- Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
- i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
- ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
Cara Permohonan
Permohonan perlu dilakukan secara online di laman web GKP di pautan berikut:https://gkp.hasil.gov.my

Sila lengkapkan borang permohonan dan sertakan dokumen sokongan jika perlu.
Pastikan anda mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu.
Semakan status boleh dibuat selepas maklumat dihantar dengan lengkap.
Cara Semakan Status
Langkah semakan status pembayaran adalah seperti berikut:- Layari laman web https://gkp.hasil.gov.my
- Log masuk sebagai pengguna dan masukkan ID (no kad pengenalan) dan kata laluan.
- Status anda akan dipaparkan seperti di bawah.


Maklumat Lanjut
Untuk maklumat terkini, pemohon atau penerima yang layak boleh melayari laman web Geran Khas Prihatin di https://gkp.hasil.gov.my/Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan-bantuan PKS & PKS mikro, sila layari https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/
Catat Ulasan
0 Ulasan