November 2021: BKC Fasa 2 : Semakan Status Pembayaran - Mingguan Jawatan

Breaking

Isnin, 22 November 2021

November 2021: BKC Fasa 2 : Semakan Status Pembayaran

 



TARIKH BAYARAN BKC FASA 2 & JUMLAH BAYARAN MENGIKUT KATEGORI

Pada 6 September 2021, Bayaran Bantuan Khas (BKC) COVID-19 Fasa 1 mula-mula diagihkan.

Pembayaran di bawah BKC akan dibuat dalam tiga fasa, tetapi tidak semua penerima akan menerima pembayaran dalam ketiga-tiga fasa.

Jumlah bayaran untuk BKC Fasa 2 akan disenaraikan di bawah, bersama-sama dengan tarikh pembayaran dan kategori penerima yang layak.

Apakah Bantuan Khas COVID-19?

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah pembayaran tunai sekali sahaja yang dibuat oleh kerajaan untuk membantu orang ramai menghadapi peningkatan kos sara hidup dan bebanan pandemik COVID-19 sehingga penghujung tahun 2021.

Cara Permohonan / Syarat Kelayakan

Anda tidak perlu membuat permohonan kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia ada seperti berikut :

Kategori Penerima / Data Bantuan

  1. Miskin tegar – Permohonan BPR 2021
  2. B40 – Permohonan BPR 2021
  3. M40 – Percukaian (LHDNM)

Jumlah Bantuan BKC Fasa 2

Kategori penerima yang layak menerima BKC adalah seperti berikut:
  1. Miskin tegar
  2. B40
  3. M40

Perincian jumlah bantuan BKC yang diumumkan adalah secara berfasa (dibayar 3 kali) seperti berikut:
  • Isi Rumah kategori Miskin Tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan September (Fasa 1), RM500 pada bulan November (Fasa 2), dan RM300 pada bulan Disember (Fasa 3).
  • Individu Bujang kategori Miskin Tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan September (Fasa 1) dan RM300 pada bulan November (Fasa 2).
  • Isi Rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos (Fasa 1) dan RM300 pada bulan Disember (Fasa 3).
  • Bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan September (Fasa 1).
  • Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada bulan September (Fasa 1).

Tarikh Bayaran BKC Fasa 2

Pembayaran BKC akan dibuat sebanyak 3 kali secara berfasa.
  • Fasa 1 – September 2021
  • Fasa 2 – November 2021
  • Fasa 3 – Disember 2021


Sila rujuk jadual pembayaran BKC Fasa 2 mengikut kategori yang TERKINI seperti berikut:


Kaedah Pembayaran

Kaedah pembayaran adalah mengikut akaun masing-masing seperti berikut:

  1. Miskin Tegar – Akaun bank yang telah didaftarkan semasa
    permohonan BPR 2021
  2. B40 – Akaun bank yang telah didaftarkan semasa
  3. permohonan BPR 2021
  4. M40 – Akaun bank yang telah didaftarkan dalam
    rekod percukaian

Cara Semakan Status Bayaran BKC Fasa 2

Jika anda tidak pasti sama ada anda layak menerima BKC atau kategori anda, sila rujuk cara semakan status di bawah:

A. SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN BKC SECARA ONLINE

Semakan melalui laman web rasmi BKC boleh dibuat melalui pautan https://bkc.hasil.gov.my

Semakan boleh dibuat seperti berikut:

  1. Klik Log Masuk atau Semakan Status
  2. Masukkan Nombor MyKad
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Maklumat yang akan dipaparkan
    • Status Permohonan
    • Amaun Keseluruhan Diterima
    • Maklumat Pembayaran
    • Paparan Borang

B. SEMAKAN STATUS BAYARAN BKC SECARA MANUAL / TELEFON


Semakan melalui Hotline BKC di talian 1-800-88-2747 atau TALIAN KHAS

Anda juga boleh terus ke kaunter LHDN dengan membuat temujanji terlebih dahulu.


Lupa Kata Laluan BKC

Anda boleh mencuba lagi selepas 24 jam jika anda terlupa jawapan kepada soalan keselamatan dan akaun anda telah disekat.

Sekiranya anda masih terlupa, anda boleh menetapkan semula akaun BKC anda dengan menghubungi Talian Bantuan Khas Kerajaan (BKK) 1-800-88-2747 atau mengunjungi Cawangan LHDNM yang berhampiran.

Anda mesti mendaftar semula MyBKC dan menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan selepas akaun BKC telah ditetapkan semula.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk ke laman web https://bkc.hasil.gov.my atau Hotline BKC di talian 1-800-88-2747 atau TALIAN KHAS BKC

1 ulasan: