ISU SEMASA
Cara Mendapat RM350 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) untuk Bujang
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ialah program bantuan tunai yang bertujuan membantu golongan miskin. Ia bertujuan mengurangkan kos sara hidup dan beban yang dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah.
Kami akan berkongsi dengan anda jumlah Bantuan BKM yang akan diterima oleh bujang.
Kadar Bantuan Yang Diberikan
Berikut adalah jumlah bantuan yang akan diberikan kepada BujangBujang Pendapatan RM2,500 dan ke bawah:
- RM350
Syarat Kelayakan Untuk Penerima Bujang
Berikut adalah syarat kelayakan untuk penerima BKM bujang:- Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat
- Had umur adalah 21 - 59 tahun
- Pendapatan bujang adalah RM2,500 dan ke bawah
Tarikh Pembayaran BKM
Tiada tarikh khusus bila pembayaran BKM 2022 akan dilaksanakan buat masa ini. Dari semasa ke semasa, kami akan memberitahu anda apabila pembayaran anda perlu dibayar.
Cara Membuat Permohonan
Data daripada penerima BPR 2021, BKC B40 dan pemohon BPR 2021 yang gagal atas dasar menerima GKP akan diimport secara automatik ke dalam sistem BKM untuk pengesahan kelayakan.
Sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data LHDNM sedia ada, permohonan BKM baharu hendaklah dikemukakan, manakala penerima sedia ada perlu mengemas kini maklumat mereka dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Catat Ulasan
0 Ulasan