ISU SEMASA
Cara Check Talian Internet Di Kawasan Anda Dengan TM Speed Test
Setiap pakej langganan perkhidmatan internet TM menjanjikan kelajuan internet yang berbeza, dan sebagai pelanggan, anda mempunyai hak untuk mengetahui berapa banyak kelajuan internet sebenar yang anda perolehi di rumah.
Semakan kelajuan ini perlu kerana jika kelajuan internet yang anda terima jatuh di bawah paras yang dijanjikan dalam kontrak langganan internet anda, anda berhak menuntut pembekal perkhidmatan meningkatkan kelajuan internet mereka ke tahap yang dijanjikan.
Jika penyedia perkhidmatan tidak berusaha untuk menambah baik perkhidmatan mereka, anda sebagai pengguna mempunyai pilihan untuk memfailkan aduan dengan badan yang lebih berwibawa, seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Ujian Kelajuan TM ini boleh dilakukan pada pelbagai peranti, termasuk komputer, telefon pintar, komputer riba, dan mana-mana peranti lain dengan sambungan internet.
Istilah-istilah asas internet
Dalam pakej langganan internet yang disediakan oleh pihak TM (atau apa sahaja penyedia perkhidmatan seumpamanya) biasanya mereka akan menggunakan beberapa istilah seperti “download”, “upload” dan sebagainya. Maka, adalah penting untuk kita faham apa yang dimaksudkan dengan terma-terma ini terlebih dahulu agar kita dapat membuat perbandingan yang adil dengan data yang diperolehi daripada aplikasi untuk membuat TM Speed test.
Upload jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu bermaksud “muat naik”.
Ini adalah kelajuan internet untuk memuat naik sesuatu maklumat (seperti gambar, fail) daripada komputer atau peranti anda ke sesuatu laman web (contohnya Facebook).
Kelajuan upload ini biasanya ditunjukkan dengan unit Mbps dan tahap kelajuan upload ini biasanya tidak sama dengan tahap kelajuan ketika download (muat-turun) fail dari internet.
Download bermaksud “muat turun”, istilah yang digunakan untuk memuat turun sesuatu fail dari internet seperti gambar, fail, video, lagu dan sebagainya.
Kelajuan download ini juga boleh digunakan untuk merujuk kepada kelajuan internet ketika anda memainkan (stream) sesuatu video di internet contohnya daripada laman web Youtube.
Secara mudah difahaminya adalah tempoh masa yang diperlukan oleh komputer atau peranti anda untuk berhubung dengan menara pemancar telekomunikasi yang berdekatan.
Jitter ialah apabila kelewatan masa dalam penghantaran paket data melalui sambungan rangkaian internet anda dan ini sering terjadi disebabkan oleh kesesakan rangkaian.
Cara check kelajuan sambungan internet TM
Menariknya, pihak TM sendiri sudah menyediakan satu kemudahan di laman web mereka sendiri untuk memudahkan para pelanggan TM untuk menyemak kelajuan sambungan internet mereka.Ikut membuat TM speed test, hanya ikuti langkah-langkah mudah berikut:
- Layari laman https://speedtest.tm.com.my/
- Klik pada butang GO
Alternatif untuk cek kelajuan internet
Selain daripada laman web di atas, terdapat lagi beberapa laman web alternatif untk menyemak kelajuan capaian internet anda antaranya adalah:Bandingkan kelajuan rangkaian internet anda dengan kelajuan yang dijanjikan dalam kontrak langganan internet anda selepas anda menyemak kelajuan rangkaian internet anda.
Jika kelajuan internet yang diperiksa berbeza dengan ketara daripada kelajuan yang dinyatakan dalam pakej anda, anda mempunyai hak untuk menuntut pembekal perkhidmatan internet anda meningkatkan kelajuan tersebut dengan menghubungi Khidmat Pelanggan mereka secara terus.
Catat Ulasan
0 Ulasan