Cara-Cara Untuk Memohon Bantuan JKM 2022


Kerajaan memperuntukkan RM2.4 bilion dalam bajet dan belanjawan 2022, yang akan memanfaatkan 440,000 isi rumah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dengan pendapatan isi rumah RM1,169, berbanding RM980 sebelum ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat menjadi saluran untuk membantu golongan sasar.

Senarai Serentak antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 - jadual kesembilan Senarai Perundangan, mengawal pelaksanaan bantuan kebajikan masyarakat.

11 Jenis Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

11 Jenis Bantuan JKM Yang Boleh Dimohon & Syarat Kelayakan
Semua permohonan yang dibuat perlu memenuhi kriteria dan kadar pemberian bantuan kebajikan berdasarkan kepada setiap jenis bantuan berikut:
  1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK);
  2. Elaun Pekerja Cacat (EPC);
  3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB);
  4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT);
  5. Bantuan Orang Tua (BOT);
  6. Bantuan Am Persekutuan (BA);
  7. Bantuan Anak Pelihara (BAP);
  8. Bantuan Latihan Perantis (BLP);
  9. Bantuan Geran Pelancaran (GP);
  10. Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT);
  11. Tabung Bantuan Segera (TBS).

1 – Permohonan Bantuan Kanak-kanak (BKK)

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas ATAU
  4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

Kadar Bantuan

Minimum sebanyak RM200 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM1,000 seisi rumah melebihi 4 orang kanak- kanak (mulai 2021)

2 – Elaun Pekerja Cacat

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
  2. Berumur 16 tahun dan ke atas;
  3. Pemegang kad OKU JKM;
  4. Pendapatan bulanan RM 1,200.00 dan ke bawah; ATAU
  5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Pendaftaran OKU boleh dilakukan di laman JKM ini sebelum memohon bantuan JKM.

Kadar Bantuan

RM400 sebulan seorang.

3 – Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Berumur 16 tahun dan ke atas;
  3. Pemegang Kad OKU JKM;
  4. Tidak berupaya bekerja.
  5. Pemohon bukan penghuni/ pelatih:
    • Institusi kendalian JKM; atau
    • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/ kemudahan secara percuma; atau
    • Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK);
  6. Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa ATAU
  7. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Kadar Bantuan

RM250 seorang sebulan

4 – Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan;
  3. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000; ATAU
  4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Kadar Bantuan

RM500 sebulan seorang (mulai 2021)


5 – Bantuan Orang Tua

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
  4. Warga emas yang bukan tinggal di:
    • institusi kendalian JKM; atau
    • pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma; ATAU
  5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Kadar Bantuan

RM500 sebulan seorang (mulai 2021)

6 – Bantuan Am Persekutuan

Syarat Kelayakan

Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.

Kadar Bantuan

RM100 sebulan seorang. Maksimum RM350 sebulan sekeluarga.

9 – Bantuan Anak Pelihara

Syarat Kelayakan

Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut :
  1. Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
  2. Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
  3. Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau
  4. Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:-          
  • Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
  • Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Kadar Bantuan

RM250 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.

10 – Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Kumpulan sasar JKM;
  3. Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  4. Disyorkan oleh pegawai atau pakar perubatan (kerajaan/ swasta)/ Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan; ATAU
  5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Nota: Sumbangan daripada keluarga membiayai sebahagian dari kos alat tiruan/ alat sokongan adalah digalakkan.

Kadar Bantuan

  • Mengikut harga sebenar yang telah ditetapkan.
  • Contoh alat sokongan:
    • Anggota Palsu
    • Kerusi Roda
    • Alat Bantu Pendengaran
    • Alat-alat Keperluan Lain
    • Penggantian / Baik Pulih Alat

11 – Tabung Bantuan Segera

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Kategori kes seperti di Lampiran 1(b); ATAU
  3. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri (PKMN).

Kadar Bantuan

  • Maksimum RM300 sekaligus; atau
  • (Bagi bayaran bulan pertama bantuan bulanan/ refund adalah mengikut kadar bantuan bulanan yang diluluskan)

Catat Ulasan

0 Ulasan