ISU SEMASA
Cara-Cara Menebus Baucar Pelancongan Sebanyak RM100
Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa terdapat Baucar Pelancongan Kita Selangor 2.0 yang boleh dituntut dan digunakan ketika berkunjung ke Selangor.
Apa kata ramai di antara kita tentang menuntut baucar ini sebelum kehabisan, memandangkan ia sudah dibenarkan di seluruh negeri? Nanti boleh letak duit untuk jalan-jalan di Selangor!
Lebih daripada 170 pakej pelancongan menarik disediakan untuk anda daripada 35 Agensi Pelancongan Negeri Selangor!

Terma Dan Syarat Tuntutan Baucar
Tawaran ini hanya untuk pengguna terpilih yang memenuhi kriteria berikut;- Warganegara Malaysia dan memiliki Kad Pengenalan yang sah (MyKad),
- Berumur 18 tahun ke atas pada tahun 2021.
- Satu transaksi untuk setiap pengguna.
- Terhad kepada sejumlah 10,000 penebusan baucar sahaja sepanjang kempen.
- Pembayaran dilakukan di ‘ShopeePay’ sahaja.
- Promosi tidak boleh ditukar dengan produk lain atau wang tunai.
- Tempoh kempen terhenti jika baucar habis.
- Promosi tidak sah dengan baucar, diskaun potongan atau promosi lain.

Tempoh Sah Laku Baucar
Jika anda memenuhi syarat di atas, anda boleh menuntut baucar Shopee RM100 ini sehingga Disember 2021, dan baucar sah sehingga Jun 2022!Cara Tuntut dan Cara Guna Baucar
Baucar boleh dituntut melalui platform e-dagang Shopee https://shopee.com.my/m/kita-selangor.Baucar ini hanya boleh digunakan SEKALI untuk satu transaksi. Baucar juga tidak layak untuk promosi Shopee yang lain.
Pastikan Pakej Pelancongan yang anda pilih termasuk dalam Pakej Kita Selangor 2.0 untuk memastikan baucar ini berjaya ditebus.

Catat Ulasan
0 Ulasan