Baucar Perlindungan Tenang B40 : Cara Semakan Status & Penebusan RM75


Program Baucar Perlindungan Tenang kepada golongan B40 akan diteruskan tahun depan dengan nilai baucar ditingkatkan daripada RM50 kepada RM75


Keselamatan sosial, seperti yang kita sedia maklum, merupakan benteng utama dalam memastikan kelangsungan hidup, khususnya bagi kumpulan B40.

COVID-19 telah menekankan kepentingan keselamatan sosial untuk penduduk berpendapatan rendah masyarakat kita. Subsidi Kerajaan untuk perlindungan insurans / takaful adalah sebahagian daripada usaha menambah baik jaringan keselamatan sosial bagi kumpulan B40, memandangkan penyertaan insurans yang rendah dalam kalangan kumpulan B40 dan atas semangat #KeluargaMalaysia.




Ini hanyalah permulaan usaha kerajaan untuk menambah baik rangkaian sosial, yang akan diperhalusi dalam Bajet 2022 dan sebagai sebahagian daripada program PERKUKUH Pelaburan Rakyat.

Berikut ialah beberapa faedah, kelebihan, semakan kelayakan dan kaedah penebusan yang tersedia untuk peserta program.

 



Apakah Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV)?

Program Baucar Perlindungan Tenang ialah program bantuan kewangan di mana penerima Bantuan Prihatin Rakyat yang layak diberikan baucar RM50 untuk membantu mereka membeli produk Perlindungan Tenang daripada penanggung insurans dan pengendali takaful berlesen.

Ia merupakan inisiatif oleh Kerajaan Malaysia untuk memperluas perlindungan sosial kepada penerima BPR yang layak di negara ini.

NOTA: Program Baucar Perlindungan Tenang kepada golongan B40 akan diteruskan tahun depan dengan nilai baucar ditingkatkan daripada RM50 kepada RM75, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi Bajet 2022.


Kriteria / Kelebihan Perlindungan Tenang

Di bawah inisiatif ini, penerima yang layak boleh menggunakan Baucar Perlindungan Tenang untuk melanggan pelbagai jenis pelan perlindungan yang meliputi kematian, kemalangan kerosakan harta benda dan lain-lain. ⠀

Selain itu, mulai 1 Januari 2022, baucar boleh digunakan untuk membeli polisi insurans komprehensif untuk motosikal dengan sesaran 150cc atau kurang.

“Semoga dengan perluasan skop perlindungan ini, golongan B40 khususnya yang menunggang motosikal untuk sara hidup mendapat manfaat daripadanya,” kata Menteri Kewangan itu di Dewan Rakyat ketika membentangkan Bajet 2022 yang bertemakan Malaysia. Keluarga, Sejahtera.

Selain itu kerajaan juga bercadang memberikan pengecualian duti setem kepada produk Perlindungan Tenang serta produk insurans atau takaful dengan nilai premium atau sumbangan tidak melebihi RM150 bagi individu dan RM250 bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Rujuk kriteria Perlindungan Tenang di bawah:


Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi inisiatif ini adalah seperti berikut:
  1. Layak untuk penerima BPR sahaja
  2. Satu baucar hanya boleh digunakan untuk membeli / menyertai satu polisi sahaja
  3. Pulangan tunai atau pembayaran balik secara tunai tidak dibenarkan
  4. Baucar hanya boleh digunakan untuk polisi / sijil baharu memperbaharui polisi / sijil sahaja (Tidak boleh digunakan untuk polisi / sijil sedia ada.

Cara Semakan Baucar Perlindungan Tenang

Bermula 30 September 2021, 3.6 juta golongan isi rumah B40 boleh mula menyemak status kelayakan mereka di bawah program ini yang bernilai RM50, sebuah inisiatif di bawah #Belanjawan2021 yang menyediakan pelan perlindungan mampu milik untuk golongan B40.⠀

Semakan boleh dibuat mengikut 2 kaedah berikut:
  • SEMAKAN MANUAL: Kunjungi wakil insurans pengendali Takaful
  • SEMAKAN ONLINE: Melalui laman web www.myPTV.my

Diharapkan agar mereka yang layak akan menggunakan insiatif ini sebaik mungkin untuk melindungi diri dan keluarga tercinta.



Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan insiatif ini, sila layari www.myptv.my dan www.mycoverage.my, atau hubungi Pusat Panggilan Program Baucar Perlindungan Tenang di 03 7723 9333

Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia

Catat Ulasan

0 Ulasan