ISU SEMASA
Bajet 2022 : Subsidi 50% atau RM150 untuk pembelian kerusi kereta kanak-kanak
SUBSIDI PEMBELIAN CARSEAT 50% ATAU SEHINGGA RM150
Dalam Bajet 2022 lalu, Menteri Kewangan mengumumkan subsidi 50 peratus atau sehingga RM150 untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak, melibatkan 188,000 penerima dan berjumlah RM30 juta.
Untuk maklumat bersama, maklumat lanjut tentang subsidi pembelian carseat ini untuk tahun 2022 dikongsikan di sini.

Apakah Subsidi Pembelian Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (Carseats) yang Diumumkan dalam Bajet 2022?
Keprihatinan kerajaan terhadap keselamatan jalan raya kanak-kanak dicerminkan dalam Bajet 2022.
Ini kerana, mengikut statistik 2019, kanak-kanak membentuk sebanyak 19 peratus daripada mereka yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Sebanyak 1,276 daripada kes ini mengakibatkan kematian.
Cadangan rebat itu akan memudahkan kumpulan B40 untuk membeli CRS di samping memastikan keselamatan kanak-kanak, yang merupakan aset masa depan negara.
Siapakah Yang Layak Mendapat Subsidi Ini?
Penerima subsidi ini terdiri daripada golongan B40.Berapakah Kadar Insentif & Subsidi Carseat Yang Diperuntukkan?
Penerima yang layak boleh menikmati 50% rebat atau sehingga RM150 insentif bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint Systems – CRS).Bagaimana Cara Penebusan Subsidi Ini?
Cara penebusan subsidi belum dimaklumkan lagi buat masa ini.Maklumat berkaitan subsidi ini akan dikemaskini oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) / Agensi berkenaan dalam masa terdekat.


Catat Ulasan
0 Ulasan