Terlupa Password (Kata Laluan) BKC? Apa Yang Perlu Dibuat? - Mingguan Jawatan

Breaking

Selasa, 12 Oktober 2021

Terlupa Password (Kata Laluan) BKC? Apa Yang Perlu Dibuat?

 



Ramai yang tidak dapat semak status di portal MyBKC kerana terlupa kata laluan (password) semasa log masuk portal BKC.

Jadi apa tindakan yang perlu dilakukan sekiranya terlupa password dan tidak dapat login portal BKC?

Bagaimanakah semakan status BKC boleh dibuat?

Terdapat empat kaedah bagi membuat semakan status BKC iaitu
  1. Portal Rasmi Bantuan Khas Covid-19 (BKC) https://bkc.hasil.gov.my dengan memilih Log Masuk / Semakan Status; atau
  2. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 4.00 petang); atau
  3. Hubungi MOF: 03-8882 4565/4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 4.00 petang); atau
  4. Hadir ke Cawangan LHDNM yang berhampiran melalui janji temu (Sila rujuk Portal Rasmi BPR https://bpr.hasil.gov.my untuk e-Janji Temu).

Walau bagaimanapun, digalakkan untuk membuat semakan secara dalam talian di Portal Rasmi BKC.
Tindakan yang perlu dilakukan sekiranya terlupa password BKC

Buka portal MyBKC iaitu https://bkc.hasil.gov.my/




Sekiranya terlupa password BKC, anda boleh klik pada pautan Terlupa Kata Laluan dan tindakan adalah seperti berikut:

a) Bagi mereka mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BPR 2021 atau Percukaian;
  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
  • Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BPR 2021 atau Percukaian dan klik seterusnya
  • Kata laluan baharu akan diemelkan pada e-mel yang didaftarkan berkenaan
  • Semak e-mel dan log masuk semula MyBKC
  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
  • Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu

b) Bagi mereka yang tidak mempunyai e-mel / e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BPR 2021 atau percukaian / e-mel tidak sah
  • Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat
  • Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini

Tersilap menjawab soalan keselamatan dan paparan mesej “Anda telah gagal menjawab soalan keselamatan lebih dari 3 kali. Sila cuba semula selepas 24 Jam”


Jika saya masih lupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaan, apakah yang perlu saya lakukan?

Sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaan dan akaun disekat, anda boleh mencuba semula selepas 24 jam.

Sekiranya masih terlupa, boleh menghubungi talian Hotline Bantuan Khas Kerajaan (BKK) 1-800-88-2747 atau Cawangan LHDNM yang berhampiran untuk set semula akaun BKC.

Selepas akaun BKC telah diset semula, anda perlu mendaftar semula MyBKC dan menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan.

Semakan status BKC

Untuk semakan status, sila layar Portal Rasmi BKC (https://bkc.hasil.gov.my)


Untuk membuat semakan status kelulusan BKC melalui portal BKC, caranya adalah sebagaimana berikut;
  1. Klik Log Masuk atau Semakan Status
  2. Masukkan Nombor MyKad
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Maklumat yang akan dipaparkan
  • Status Permohonan
  • Amaun Keseluruhan Diterima
  • Maklumat Pembayaran
  • Paparan Borang

Maksud status BKC “DALAM PROSES PENGKREDITAN

DALAM PROSES PENGKREDITAN adalah merujuk kepada pembayaran BKC dalam proses pengkreditan ke akaun bank. Anda boleh membuat semakan pada penyata akaun bank penerima mengikut tarikh pembayaran yang telah ditetapkan.

Maksud Status BKC “GAGAL KREDIT”

Sekiranya Status Kredit yang dipaparkan adalah Gagal Kredit, penunaian boleh dibuat oleh pemohon di kaunter BSN dengan membawa MyKad

Apakah yang dimaksudkan dengan Status Kredit PEMBAYARAN TUNAI?

PEMBAYARAN SECARA TUNAI adalah merujuk kepada pembayaran BKC secara tunai di Kaunter BSN. Anda boleh hadir untuk penunaian BKC di Kaunter BSN mulai 6 September 2021.

Maksud “Semakan mendapati No. MyKad yang dimasukkan tiada rekod sebagai penerima BKC 2021”




Jika anda mendapati semakan no mykad tiada dalam rekod penerima BKC bermaksud “ Anda tidak tersenarai sebagai penerima BKC.

Antara sebab tidak tersenarai sebagai penerima BKC adalah seperti berikut:



Info dan Pertanyaan lanjut

Sekiranya masih lagi tidak dapat akses dan terlupa password BKC, sila telefon nombor menghubungi talian Hotline Bantuan Khas Kerajaan (BKK) 1-800-88-2747.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan