ISU SEMASA
Tarikh Pembukaan Sekolah Rendah & Menengah Mengikut Negeri Fasa PPN
Ikuti penerangan berikut.
OPERASI SEKOLAH TERKINI: Lembah Klang & Melaka Ikut Ketetapan Fasa 4 PPN Mulai 1 Nov
Pengoperasian institusi pendidikan bagi Melaka, Selangor, Kuala lumpur dan Putrajaya mengikut ketetapan fasa empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan bermula 1 November depan.Operasi berdasarkan ketetapan Fasa 3 PPN bagi negeri Kedah dan Kelantan pula akan bermula pada 31 Oktober manakala Pulau pinang, Perak dan Sabah mulai 1 November.
Perkara itu diumumkan melalui sidang media rasmi KPM.
Sementara itu, pengoperasian institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM) mengikut ketetapan Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi negeri Melaka dan Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan berkuat kuasa mulai 1 November ini.
Pengoperasian institusi pendidikan mengikut ketetapan Fasa Tiga PPN bagi negeri Kedah dan Kelantan pula akan bermula pada 31 Oktober, manakala Pulau Pinang, Perak dan Sabah mulai 1 November.
Sila rujuk infografik berikut:

Berikut adalah kenyataan media KPM terkini, bertarikh 17 Oktober 2021.



MUAT TURUN PANDUAN PENGOPERASIAN SEKOLAH DAN PENGOPERASIAN SEKOLAH KPM 3.0

Sebelum ini KPM telah mengeluarkan infografik berkenaan pembukaan sekolah dan siapa yang perlu hadir bagi setiap negeri mulai 3 Oktober.
Berikut dikongsikan rumusan pembukaan sekolah yang diumumkan oleh KPM sebelum ini.
RUMUSAN TARIKH PEMBUKAAN SEKOLAH KPM MULAI 3 OKTOBER
- Institusi pendidikan bawah KPM di Selangor, Melaka, Kuala Lumpur dan Putrajaya kekal dibuka pada 4 Okt, mengikut ketetapan Fasa 2 PPN
- Pembukaan institusi pendidikan bawah KPM di Kedah kekal pada 10 Okt, ketetapan pengoperasian Fasa 2 PPN hanya akan bermula 17 Okt
- Mulai 18 Okt, institusi pendidikan Selangor, Melaka, KL dan Putrajaya dibuka ikut ketetapan Fasa 3 PPN
- Sekolah di Johor pula mula dibuka 10 Okt
Seperti jadual diumumkan KPM, murid serta pelajar di Johor akan meneruskan pembelajaran mereka menerusi pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR), manakala hanya murid dan pelajar dari kelas serta tingkatan tertentu saja akan mula kembali ke sekolah pada 10 Oktober ini.
Pembukaan institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan di Johor dan Pahang mengikut peralihan fasa baharu iaitu masing-masing Fasa 3 dan Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) adalah bermula 24 dan 25 Oktober ini.
“Namun, pengoperasian institusi pendidikan di bawah KPM adalah mengikut ketetapan fasa baharu akan dilaksanakan selepas dua minggu daripada tarikh peralihan fasa, yang mana Johor hanya beralih ke Fasa 2 PPN pada 24 September lalu.
Pada 13 September lalu, KPM dilaporkan berkata, pembelajaran bersemuka dibuat secara berperingkat mengikut fasa dalam PPN.
Sekolah dilaporkan tidak dibuka pada negeri berada pada Fasa 1 PPN, manakala negeri Fasa 2 pula, sekolah rendah hanya dibuka hanya untuk murid berkeperluan khas di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) dan murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), manakala bagi sekolah menengah, pada Fasa 2, hanya membabitkan pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) semester dua.
Bagi negeri Fasa 3 pula, selain SKPK dan PPKI, murid prasekolah akan dibenarkan hadir ke sekolah, manakala untuk sekolah menengah pula, ia membabitkan pelajar Tingkatan Lima dan calon STPM yang lain.
Bagi negeri Fasa 4 pula, murid dan pelajar dibenarkan ke sekolah secara berperingkat.
Rujuk infografik dan penerangan KPM secara rasmi di bawah:




















SOP Pembukaan Sekolah Mengikut Fasa PPN (Terkini)
Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, KPM akan melaksanakan sistem baharu yang melibatkan hanya 50% kehadiran murid ke sekolah daripada enrolmen keseluruhan secara penggiliran minggu.Setiap kelas persekolahan akan dibahagi kepada dua kumpulan iaitu secara PDP bersemuka dan PDPR, yang bergilir setiap minggu.
Murid berkeperluan khas, asrama penuh, peperiksaan antarabangsa, sekolah kurang murid antara tidak terlibat penggiliran kelas.

FASA 1
Sekolah tidak dibuka, murid akan meneruskan PDPR.
FASA 2
Hanya kelas peperiksaan yang akan dibenarkan ke sekolah.
FASA 3
Semua institusi pendidikan dibuka secara berperingkat dengan ketetapan dan penilaian risiko yang ditetapkan oleh KPM.
FASA 4
Semua institusi pendidikan dibuka SEPENUHNYA dengan ketetapan dan penilaian risiko yang ditetapkan oleh KPM.
Penggiliran Murid Ke Sekolah
Bermula 3 Oktober juga, sistem penggiliran murid akan dilaksanakan dengan kehadiran murid ke sekolah 50% daripada enrolmen keseluruhan kelas.
Tarikh Buka Sekolah Mengikut Negeri PPN Yang Beralih Fasa
Terkini, diumumkan bahawa jika sesebuah negeri beralih fasa seterusnya, Pengoperasian Sekolah/Institusi Pendidikan KPM mengikut ketetapan Fasa baharu akan dilaksanakan selepas 2 minggu daripada tarikh peralihan ke fasa tersebut.
Maklumat Lanjut Tentang Tarikh Buka Sekolah 2021
Untuk maklumat lanjut berhubung pembukaan sekolah dan SOP yang terkini oleh KPM, sila rujuk dalam slaid PDF di bawah:SOP-PENGOPERASIAN-SEKOLAH-KPM-PDF Download.
Catat Ulasan
0 Ulasan