Permohonan Bantuan RM1000 Sebulan Untuk Kanak-Kanak Seluruh Malaysia Bagi Bulan Oktober 2021

 


Berita baik buat para ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak yang berumur 18 tahun ke bawah, anda boleh memohon Bantuan Kanak-Kanak 2021 (BKK) sehingga RM1,000 sebulan untuk satu keluarga.

BANTUAN KANAK-KANAK (BKK) TAHUN 2021


Untuk pengetahuan anda, Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2021 adalah merupakan sebuah bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diberikan khas bagi tujuan membantu keluarga, penjaga dan kanak-kanak untuk meneruskan kelangsungan kehidupan serta memperolehi jagaan yang sempurna.

Untuk makluman, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun telah mengumumkan tentang kenaikan jumlah bantuan sehingga RM1,000 sebulan berbanding sebelum ini yang hanya RM450.

Kami ingin berkongsi cara mohon bantuan kanak-kanak dengan mudah.

Berikut adalah merupakan jumlah bantuan bagi BKK Lama dan BKK Tahun 2021:

Jumlah BKK Lama

  • Maksimum bagi seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM100.
  • Maksimum sebanyak RM450 jika mempunyai anak lebih daripada 4 orang.

Jumlah BKK Tahun 2021

  1. Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM150 sebulan seorang.
  2. Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM200 sebulan seorang
  3. Maksimum sebanyak RM1,000 sebulan untuk sebuah keluarga.

SYARAT KELAYAKAN BKK TAHUN 2021

  1. Merupakan warganegara Malaysia dan bermastautin di negara Malaysia
  2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga menengah atas sahaja).
  4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.

CARA MEMOHON BKK TAHUN 2021

Berikut adalah merupakan cara memohon BKK Tahun 2021:
  1. Sila layari http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp
  2. Cetak Borang Permohonan
  3. Cetak Borang Kemaskini sekiranya terdapat kemaskini baharu.

Jika terdapat sebarang permasalahan dan pertanyaan dalam melakukan permohonan, anda boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di talian 03-8000 8000 atau anda boleh pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat di daerah dan kawasan berhampiran dengan anda.


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. sya pernah cuba tukar bantuan am ke bkk tapi tak dpt alasan ank tak ramai sekolah sedangkan bantuan am ank sya 2 org sakit baru 260 sebulan...tak tau mna 1 yg btl psl bantuan bak ni..tak d sebut pun yg layak memohon mesti ank2 yg bersekolah....

    BalasPadam