"Kita Akan Susahkan Kehidupan Anti-Vaksin" Segelintir Anti-Vaksin Mengatakan Dulunya Sukarela, Tetapi Sekarang Menjadi Paksaan?

 

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan komited untuk terus menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menerima vaksin malah akan ‘menyusahkan’ kehidupan harian golongan anti-vaksin jika mereka terus menolak penerimaan vaksin.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, walaupun vaksin tidak diwajibkan namun kerajaan tidak akan memberi muka kepada golongan anti-vaksin kerana mereka sendiri memilih untuk menolak vaksin.

“Kita mungkin tidak akan melaksanakan satu undang-undang Persekutuan iaitu mewajibkan di peringkat negara tetapi saya menggalakkan adalah undang-undang sektoral.

“Mungkin berbunyi sedikit kasar tetapi pendekatan kita juga adalah untuk ‘menyusahkan’ hidup mereka yang memilih untuk tidak menerima vaksin.

“Ini adalah kerana anda sendiri memilih untuk tidak menerima vaksin melainkan anda tidak boleh menerima vaksin atas faktor kesihatan dan dikecualikan juga dalam sistem MySejahtera tetapi jika sebaliknya, maka memang kami akan susahkan hidup anda,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas pelancaran 11th National Acute Myocardial Infarcation Course (NAMIC) 2021 di sini hari ini.

Khairy turut menegaskan, Kementerian Kesihatan berkemungkinan mewajibkan golongan yang menolak atau melengahkan pengambilan vaksin untuk menjalankan ujian calit Covid-19 secara mingguan dan kerajaan tidak akan menanggung perbelanjaan itu.

Setakat ini, golongan yang belum menerima vaksin tidak boleh makan di restoran dan masih tidak boleh memasuki pusat beli-belah. Dijangkakan lebih banyak batasan yang akan ditetapkan kemudian.

Menurut Khairy, pihaknya tidak mahu hanya fokuskan pada sektor pendidikan tetapi juga untuk sektor awam keseluruhannya.


“Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan pekeliling iaitu pada November nanti adalah wajib untuk penjawat awam divaksinasi. Kita juga menggalakkan perkara ini untuk syarikat swasta,” katanya.

Berikut merupakan komen Raggie Jessy Rithaudeen berkenaan dengan isu itu.

“Jika benar golongan minoriti (tolak vaksin) adalah ancaman kepada golongan majoriti (terima vaksin) dan jika ada bukti untuk menyokong pendapat ini, mengapakah kerajaan tidak melaksanakan sahaja undang-undang yang mewajibkan pengambilan vaksin di seluruh negara? Kenapa kerajaan memberikan hak kepada rakyat untuk memilih, kemudian bertindak zalim mengugut untuk menyusahkan hidup rakyat dengan menafikan hak yang sama? Adakah ini satu permainan??

“Layakah org mcm ni jadi menteri?”

“Jangan kejam yb menteri… Dulu kerajaan kamu juga yangg beri pilihan pada rakyat untuk di vaksinkan atau tidak mahu di vaksin.”

“KJ sekarang kamu mengugut rakyat Malaysia. Satu hari nanti kamu akan di adili Tuhan Yang Maha Kuasa atas kata kata kamu”

Sumber : The Third Force

Catat Ulasan

0 Ulasan